Posts

Showing posts from 2011

kinship

Image
sempena eid adha ni, lazimnya kami sekeluarga akan ke kampung, samada di temerloh atau jasin. tapi tahun ni rezeki beraya di kuala lumpur. alhamdulillah 'ala kulli haal. rezeki dapat anak saudara, berkumpul sekeluarga..adalah salah satu nikmat Allah.  bakal diumum namanya hari ini atau esok :) aku rasa nk ckp: betapa petingnya hubungan kekeluargaan itu dijalin mesrakan..makin aku nampak hikmahnya skrg. banyak sungguh aku belajar dari org2 tua yg sgt2 menjaga hubungan tali persaudaraan. sbb skrg ramai rasanya org kurang tekankan aspek ni. jaga hubungan mksudnya boleh dlm mcm2 cara. yg paling cikai sekali, mungkin boleh call tny kabar. yg ada facebook, twitter etc..gunakanlah techs ni semaksimum mgkin, klu itulah saja cara yg paling senang. ini mgkin style jarak jauh. tapi kalau saudara ajak dtg kenduri, ajak dtg rumah..atau anak die bersalin, ada yg meninggal, atau saja2 ziarah hujung minggu, lakukanlah sedaya mampu. cuba penuhi jika berkelapangan dan kalau tak boleh...

mujahadah

Image
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. ( A-li'Imraan 3:160 ) kalau nak jadi lagi baik, jgn takut dan malu dengan manusia. jgn takut utk membuat perubahan walau kecil mana sekalipun. sbb yg patut kita rasa malu adlh dgn Allah, sbb Allah tahu segala apa yg ada dlm isi hati kita. mari mujahadah dan terus mujahadah. walaupun ya, memang akan penuh dgn air mata, tapi hasilnya akan membuat kt tersenyum sendiri & rasa hidup ini sgt2 bermakna. kita akan hadapi hidup ni dgn lebih matang, emosi yg teratur & rasa taqarrub dgn Allah. mmg kena struggle, dan hasilnya bukan sekelip mata, tapi jiwa yg makin 'hidup' kt akan rasa hingga ke jasad. sikap negatif ie yg mazmumah takkan bawa kebai...

bersabarlah..

Image
"Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim." ( Yunus 10:109 ) janji Allah.. kerana kesusahan & keperitan ini dari Kau aku rela bertabah & bersabar. walau dlm keadaan suka atau terpaksa.  silap lalu jgn diulang buka lembaran baru dgn niat yg baru ruh yg baru iltizam & istiqamah semangat & tidak bosan kerana matlamat akhir hidup di dunia ini adalah utk kekal di syurgaMu. semoga aku tidak tergolong dlm org2 yg suka bersangka-sangka bukan yg mudah alpa dgn rahmatMu tidak mudah jatuh & tenggelam dan naik semula bila2 aku suka sdgkn apa yg ada pdku pinjaman semata-mata. sdgkn segala yg Kau tetapkan adlh indah utk org2 yg mengetahui & berfikir. ya Allah, bantu aku utk berSABAR & berSYUKUR  kr...

kala subuh..

6.50 pagi video ini dirakam, subhanallah excited tgk burung2 yg sgt byk bilangannya, terbang di awangan & berkicau. tentunya kicauan itu satu zikir kpd Allah. Tapi mungkin kebanyakan manusia masih dibaluti selimut, masih menikmati mimpi2 indah..terlupa dgn tanggungjawab solat waktu Subuh..sedangkan subuh masuk lagi awal dari 6.50pagi ni. kita bangun pagi sbb apa? nk pegi kelas? nk mandi? nk jumpa kawan? atau banagun2 je terus rasa : " oh aku tak solat lgi, kena solat cepat" selalu kt sebutkan buat sesuatu kerana Allah. tapi bangunnya kt setiap pagi kerana apa? klu hari yg ada test, exam, presentation lagilah..bangun2 je terus teringat nota, cuak dan gelabah. dan mcm2 lagi.   kadang dek perkara2 dunia, kt lupa.. dgn mengingati Allah hati jadi tenang :) mari mencermin diri sendiri, prestasi diri. tentunya yg menulis dulu kene cermin diri.kerana Allah sedang memerhati. Video ni dirakam di Port Dickson, Negeri Sembilan, 2010

ramadhan 1432

Ramadhan is about to end, but let the spirit continues until the next ramadhan..insyaAllah. felt a very strange feeling after tarawih tonight. do i have the chance to meet u again ya Ramadhan? moga Ramadhan dan kita berjodoh lagi ..... dan moga Takbir yg kita laungkan di eid fitri nanti adalah takbir KEMENANGAN sebagai hadiah mujahadah di bulan Ramadhan dan kita keluar dari ramadhan dgn hati yg lebih sihat ameen ya Rabb 28 Ogos 2011 - 28 Ramadhan 1432

Holding on you..

Image
KAU dah janjikan bermacam-macam nikmat kekal di syurga. mengapa kekadang aku masih alpa. i Mustahilkah ya Allah utk aku miliki hati yg bersih dr titik2 hitam itu.. Satu daging jika rosak, maka rosaklah seluruh daging yg lain. daging itu ialah hati.. Takut2 amalku tidak KAU terima. Istiqamahlah dlm bermujahadah wahai diri.. Adakah aku layak menghuni syurgaMu ya Allah.. Melihat wajahMu, berjumpa dgn kekasihMu Rasulullah.. Ya rahman ya rahim..aku malu dgnMu.. 22 Ogos 2011 - 22 Ramadhan 1432

soon?

Sudah pun masuk hari ke-17 ramadhan lepas maghrib tadi. Apa perkembangan kt spnjng madrasah ramadhan kali ni? semoga semakin bersemangat!! Saya merancang utk menulis sedikit pandangan ttg isu JAIS dan gereja methodist yg tgh hangat skrg... Ada baca news ttg isu ni? mungkin boleh kongsi2kan di sini? wallahu'allam 16 Ogos 2011 - 16 Ramadhan 1432

Tunjang vs Serabut

Image
Salam ramadhan fasa ke-2, fasa keampunan ..ya rahmann ya rahiim~ Kenal pokok ini? apa sifat2 yg biasa dikaitkan dgn encik pokok yg tinggi, gagah ini? Mari taaruf dgn dua pokok di bawah ni plk. soalan yg sama, apa sifat pokok2 ni? Akar tunjang vs Akar serabut. masih ingat dua jenis akar yg kt belajar di zaman sekolah dulu?sifat2 pokok yg akarnya tunjang & akar serabut. (byk lagi jenis akar lain selain yg dua ini) mari lihat apa Allah kata: * Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. ( Ibrahim 14:24 ) * Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). ( Ibrahim 14:25 ) * Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti seb...

nota cinta dari sang Pencipta

Image
(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf. ( Ibrahim 14:52 ) Al-quran itu terlalu byk rahsianya yg kt tak tahu. Belek & belek, mesti Allah hidangkan ayat2 yg sgt kena dgn keadaan kt masa itu. kalau kt tadabbur ayat2 al-quran sekalipun, kt akan lalui satu proses pemujukan drpd Allah, proses peneguran dr Allah, proses ma'rifatullah, proses mengenal diri sendiri dan mcm2 lagi. dgn melihat kpd kalimah2 agung ini, ternyata Allah itu Ar-Rahim & Ar-Rahman.. Sebenarnya hati yg galau jwpnnya ada pd Allah. melalui solat2, doa2 & juga al-quran. Di bawah adalah bbrp ayat yg nak dikongsikan.. semoga Allah sentiasa pimpin hati2 kita.. ************ Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi ...

Apabila al-quran jadi hiasan

Image
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (59:21) A lhamdulillah ramadhan dh pun menginjak ke hari ke-11. byk peristiwa penting yg berlaku semasa bulan mulia ini, atranya perang badr & yg paling penting sekali adalah penurunan al-quran. byk kelebihan yg allah berikan kpd para pemburu syurga sepanjnag bulan rmdhn kareem ini. saya sgt terkesan dgn ayat al-quran di atas, di mana allah berikan perumpamaan jikalau al-quran diturunkan kpd makhluk Allah yg lain bernama gunung. bayangkan pula kalau ianya diturunkan ke atas burung dan lain2. subhanallah, fikirkan mengapa Allah turunkan al-quran kpd manusia? Kalau dilihat skrg, rata-rata tidak berasa izzah dgn al-quran itu sdri..tak rasa penting, baca bila rasa nak baca, tak jadikan sbgi sumber dan mcm2 lagi. lihat ...

Sakit itu juga nikmat

Apabila tubuh terasa lemah dan mahu menyerah Kuatkanlah hati & kembalilah kpd niatmu Niat asal kau berpuasa Kau selalu mengenali sakit dgn azab Benar.. Tapi adakah kau lupa sakit juga suatu nikmat Ingatkah kau dengan kata-kata Rasulullah Bahawa sakit itu jika kau redha Dosa-dosamu gugur bagai daun kering di jalanan Apatah lagi jika kau bersabar dlm keadaan kau sedang menahan diri Dari lapar dan dahaga, dosa & lara.. Di bulan Allah & RasulNya sangat cintai Bulan Ramadhan Kareem... Allah..ampunkan dosaku Moga sakit sementara ini sebagai tanda cintaMu Moga dosa2ku gugur.. 5 Ogos 2011 - 5 Ramadhan 1432

Why repetition?

Image
Bismillah.. Tak ingat pernah dengar daripada siapa, tapi yg pasti dari radio. ini rasanya bukan ayat quran atau hadith, tapi kata2 hikmah yg wajar diambil manfaatnya :) Katanya: "berulang-ulang itu penting, dengar sekali mungkin sebab tak buat lagi. dengar utk kali ke-2 sbb tak sempurna lagi. dengar kali ke-3 sbb tak amalkan lagi" Agaknya apa yg cuba disampaikn dr situ? klu kita fikir dgn logik, pokok takkan atau susah utk hidup klu kt cuma jirus sekali je air kat dia. ataupn hujan sekali, then musim kemarau. kalau nak menghafal al-quran, perlu diulang2 smpi melekat. klu dlm baba belajar, nota2 perlu dibelek & dihadam bbrp kali. dan dlm bab wudhu sekalipun, setiap cucian pd anggota badan kt tu perlu dicuci 3x. tentu ada hikmah dan sebab yg cantik tersedia utk org2 yang berfikir. "Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" Dan kenapa pula Allah turunkan ayat ini? nampak...

hujan

Image
Sangat suka dengan nikmat Allah yg bernama hujan. tambah2 kalau memandu dlm keadaan hujan. tak tahu nak explain mcm mana. bila hujan turun, vision kt akan jadi blur dan fikiran mudah melayang. mungkin ada benarnya bila org katakn mood manusia ni berubah ikut musim/cuaca. ada baiknya bukan. bukankah setiap ciptaan Allah itu punya tugasnya sendiri? wlpun kdg kala kt mengeluh bila hujan, sbb tak sempat angkat baju, baju tak sempat kering, kasut basah, susah nk ke sana sini dan mcm2 lagi. tapi jgnlah kt lupa mengucap subhanallah wpun agak tension :) Masih teringat kisah seseorg yg katanya sgt suka dengan cuaca hujan. klu masa di asrama, setiap kali hujan, dia akan duduk tepi tingkap & mula terbayang famili. Dari sudut lain, hujan ini seolah ada aura tersendiri yg boleh buat seseorang rasa sayu, sbb mcm2 kisah akan dtg balik dlm fikiran. termasuk dosa dan kelemahan diri. kehinaan kt sebagai seorang hambaNya. sebab tu aku sangat suka dengan hujan. to be specific, hujan tika mana aku dlm ...