Tunjang vs Serabut


Salam ramadhan fasa ke-2, fasa keampunan ..ya rahmann ya rahiim~

Kenal pokok ini? apa sifat2 yg biasa dikaitkan dgn encik pokok yg tinggi, gagah ini?



Mari taaruf dgn dua pokok di bawah ni plk. soalan yg sama, apa sifat pokok2 ni?


Akar tunjang vs Akar serabut. masih ingat dua jenis akar yg kt belajar di zaman sekolah dulu?sifat2 pokok yg akarnya tunjang & akar serabut. (byk lagi jenis akar lain selain yg dua ini)

mari lihat apa Allah kata:

* Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (Ibrahim 14:24)

* Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (Ibrahim 14:25)

* Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (Ibrahim 14:26)

(( kalimah itu bukan sekadar kata2 di mulut, tetapi juga perbuatan baik & buruk di atas muka bumi Allah ))

Allah suka beri perumpamaan yg cantik2 supaya manusia yg mahu berfikir, nampak hikmah segala macam kejadian yg berlaku di dunia. cikgu cikgi di dalam pengajaran mereka pun suka memberi analogi supaya pelajar mudah faham. kanak2 kecil juga sgt suka & mudah faham bila kt bg cntoh2, perumpamaan & analogi. begitu juga selayaknya bagi Allah. setiap benda yg diciptanya ada fungsi dan impak pd manusia.. hanya jika manusia itu berfikir.

Walaupun pokok bawang putih & padi di atas ber-akar serabut & dikaitkn perumpamaannya dgn kalimah yg jahat & buruk, tetapi mereka sentiasa berzikir pd Allah siang dan malam, menjalankan tugas masing2 & bermanfaat pd manusia.

... Tetapi kt sbgi manusia? berguna atau tidak pd org lain? hari ini sudah bersedekah pd jiran & sesiapa yg kt terserempak wpun dgn segaris senyuman? ada ber-infaq wpun seposen dua tp dgn hati yg ikhlas? adkh kt stiasa berusaha utk mjadi seorg hamba khalifah yg lebih baik dlm perkara2 duniawi & ukhrawi? sudah berdoa utk ibubapa,adik beradik,kaum kerabat,kawan2,jiran,mad'u,umat islam seluruhnya etc? adakah kt lebih byk mengumpat, memburukkan org lain? adakah kt suka salahkan org lain dulu apabila ditegur seseorang? baca /tadabbur quran sungguh2 dlm ramadhan shj atau satu kewajipan utk mbaca/mtadabur every time? adakah kt benar2 cintakan Allah & Rasulullah dan terjemahkan dlm perbuatan? ada menitis air mata hari ni krna takutkan azab Allah atas dosa2 kt yg seluas lautan? persoalan ikhlas dlm setiap amal? ada riya'? ...

Mari mulakan dgn muhasabah diri tanpa menyalahkan org lain di fasa ke-2 bulan ramadhan ini...dan jgn pandang rendah amal2 yg sekecil zarah yg manusia tak nmpk tu. sbb confirm Allah nampak & akan kira org2 yg ikhlas, samada ketika dia berada dgn rg ramai atau semasa dia berseorangan.

Bacalah entry ini dengan menggantikan word 'manusia' & 'kita' itu dengan AKU. sudah tentu saya dahulu perlu muhasabah diri...

Sekarang ini, kt Tunjang atau yg Serabut?

moga keluar dari ramadhan dgn "baju baru" !!

15 Ogos 2011 - 15 Ramadhan 2011


Comments

Popular posts from this blog

of exercise..

of exercise..

rehlah kami..