Monday, November 7, 2011

kinship

sempena eid adha ni, lazimnya kami sekeluarga akan ke kampung, samada di temerloh atau jasin. tapi tahun ni rezeki beraya di kuala lumpur. alhamdulillah 'ala kulli haal. rezeki dapat anak saudara, berkumpul sekeluarga..adalah salah satu nikmat Allah. 

bakal diumum namanya hari ini atau esok :)

aku rasa nk ckp: betapa petingnya hubungan kekeluargaan itu dijalin mesrakan..makin aku nampak hikmahnya skrg. banyak sungguh aku belajar dari org2 tua yg sgt2 menjaga hubungan tali persaudaraan. sbb skrg ramai rasanya org kurang tekankan aspek ni. jaga hubungan mksudnya boleh dlm mcm2 cara. yg paling cikai sekali, mungkin boleh call tny kabar. yg ada facebook, twitter etc..gunakanlah techs ni semaksimum mgkin, klu itulah saja cara yg paling senang. ini mgkin style jarak jauh.

tapi kalau saudara ajak dtg kenduri, ajak dtg rumah..atau anak die bersalin, ada yg meninggal, atau saja2 ziarah hujung minggu, lakukanlah sedaya mampu. cuba penuhi jika berkelapangan dan kalau tak boleh, tolak sebaik & sesopan mungkin. kita sendiri kena ringan2 hati utk jemput saudara mara dtg rumah, sekali sekala buat makan2. tak perlu mewah, tak perlu grand2. sbb hadafnya adlh utk bersua muka & eratkan silaturrahim. 

berbasa-basi bunyinya mcm tak ikhlas. tapi sebenarnya dlm kebanyakan keadaan, berbasa-basi ni lah yg banyak membantu hubungan sesama saudara tu jadi lagi akrab, lagi mesra, lagi relax. walaupun mmg ada sesetengah org, trait dia adlh seorang yg senyap atau tak suka/ tak pandai bergaul etc, cubalah berbasa-basi. kalau tak jugak, make sure kt ada di kalangan saudara2. mksudnya duduk sama2, wpun kt tak tahu nk masuk perbualan mcm mana :) sometyme, keberadaan kt pun dh memadai.

aku cukup2 terkesan dgn penulisan sis Zabrina dlm bukunya Life is an Open Secret, You, Me and We. dlm secret one nya, dia menyentuh ttg "LOVE YOUR KIN". aku terfikir juga kenapa tajuk ini yg menjadi pilihan utk secret no 1 nya. realitinya, mmg menjaga & menjalin hubungan silaturrahim sgt besar nilainya di sisi Allah. Rasulullah saw juga ada bersabda: Al-Wasil (one who maintains good relation with his kinship) is not the one who recompenses the good done to him by his relatives, but al-Wasil is the one who keeps good relations with those relatives who have severed the bond of kinship with him [Sahih Bukhari]


dan aku harap Allah mudahkan aku utk melaksanakan apa yg Rasulullah pesan, dalam rangka kemampuan yg aku ada. 
menjaga hubungan samala juga dgn mengambil berat ttg hal ehwal sepupu2 yg mgkin ada lebih muda etc. ambil tahu hal belajar, kehidupan mereka. cukuplah dgn pepatah jaga tepi kain orang. bagi aku, sikap ini dilihat sbgi negatif dlm masyarakat malaysia ni, sedangkan kt perlu ambil tahu dlm kemampuan kt. bukan semata-mata "buat dek" atau "ini hal hidup kau, aku tak nak masuk campur". kita kena cuba lihat dlm sudut positif, dan of course adab2 kena jaga. tidaklah segala hal kt masuk campur :) islam sentiasa dtg dgn hikmah dlm berurusan dgn manusia  yg kompleks.

A beduoin stopped the Prophet saw while he was travelling and asked: Tell me what will bring me nearer to heaven and keep me away from the fire? The prophet saw answered: Worship Allah and do not associate anyone or anything with Him. Attend regularly to your prayers and pay zakah and foster your ties with kinship. [Al-Bukhari & Muslim]

banyak hikmahnya kenapa rasulullah ajar umatnya utk menjaga kinship. mari sama2 fikirkan & mencuba :)


Sunday, November 6, 2011

mujahadah

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. (A-li'Imraan 3:160)




kalau nak jadi lagi baik, jgn takut dan malu dengan manusia. jgn takut utk membuat perubahan walau kecil mana sekalipun. sbb yg patut kita rasa malu adlh dgn Allah, sbb Allah tahu segala apa yg ada dlm isi hati kita. mari mujahadah dan terus mujahadah. walaupun ya, memang akan penuh dgn air mata, tapi hasilnya akan membuat kt tersenyum sendiri & rasa hidup ini sgt2 bermakna.

kita akan hadapi hidup ni dgn lebih matang, emosi yg teratur & rasa taqarrub dgn Allah. mmg kena struggle, dan hasilnya bukan sekelip mata, tapi jiwa yg makin 'hidup' kt akan rasa hingga ke jasad. sikap negatif ie yg mazmumah takkan bawa kebaikan pd diri. 

percayalah..sabar, syukur, positif & yakin.

Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (Hud 11:123)