Wednesday, July 20, 2016

bahagia

satu masa dulu, aku antara orang yg membayangkan perkahwinan ni mcm fairy tail. semua ttg perkahwinan sweet.manis mcm gula. best dapat anak ramai dan sebagianya. semuanya tu aku bygkn mcm fairy tail habis. klu dulu, aku tak pernah rasa bersalah or segan nak tanya org bila nak kawennn. bila nak ada anakkk.. haha. klu fikir balik, mcm tak percaya i was once tht kind of person. 

alhamdulillah, allah maha hebat dan maha tahu.ujian yg diberikan pd kami sekeluarga benar2 membuka mata, menyedarkan aku. perkahwinan tu tak delah sweet mcm karamel je hari2. tapi penuh dgn ujian. penuh cabaran. espcially cabaran utk bina komunikasi yg telus. dan apa yg aku belajar, kemanisan tu diperolehi lps psgn tu melalu semua ujian2 yg ada. betapa kanak2nya persepsi aku dulu. before 2005 begitulah..agaknya pengaruh winter sonata haha..

dan byk aku bljr matang around isu kahwin & anak2 ni bila berpeluang jaga anak2 saudara aku. mmg betul2 bg aku pengalaman direct yg tak ternilai. pengalaman merasa susahnya nk jaga anak. share sama2 rasa risau bila budak tak sihat. kdg aku rasa aku lg risau dr parent nya. bukan sbb parent nya tak risau, tapi aku yg over. maklumlah..tak berpengalaman. parent nya dh ada 2-3 anak. aku pula belum lg berkahwin. kelakar je aku rasa. tapi mmg tak ternilai setiap pengalaman tu. setiap anak saudara yg pernah aku jaga, aku cuba utk take it seriously. aku cuba jaga betul2, jaga amanah parent tu pd aku. dari situ, aku bljr sikit2. susahnya tugas seorang ibu ni. apa yg aku rasa ni baru secebis sebenarnya. langsung tak boleh banding dgn beban seorang yg bergelar ibu. apapun alhamdulillah ala kulli haal..

pglmn hidup definitely plg mahal. baik atau buruk, it's how we deal with it. apa attitude kita. di mana pergantungan kita dan kpd siapa kita berharap..kita cari bahagia kita. jgn compare dgn rezeki org lain. semoga allah sentiasa beri aku kekuatan utk berdepan dgn apa2 ujian di masa akan dtg, ttg jodoh, klu ada rezeki di dunia, alhamdulillah. klu xde, alhamdulillah juga. semoga terus kuat. semoga terus dpt berbakti pd ibu bapa & kaum keluarga. dan plg penting, semoga aku dpt memperbaiki diri & memperbanyakkan amal..till next post.


 kebahagiaanku :)

200716
12.53am


Monday, July 18, 2016

move on

sengaja aku ubah nama blog berhabuk ni. konon utk cari smgt baru. nak menulis. ya..lately aku rasa menulis ni sihat sgt. dan plg penting dpt share buah fikiran kita. actually mmmg byk je rakyat malaysia ni menulis. bagus2 penulisan. aku je yg stuck kan diri sendiri. to be honest aku jenis susah sgt nk express my true feeling & my honest opinion through writing. ntah. rasa tak jumpa cara. tak tahu apa cara terbaik utk put points & ideas into writing..tak tahu apa konsep aku. apa dan apa. dan seterusnya nak bg org faham & dpt point aku. akhirnya aku stuck. to some extent, frust. rasa ketinggalan. sudahlah ketinggalan dlm hal lain..menulis juga merangkak rangkak. semoga dpt menulis sesuatu yg berguna in my next post.
ameen

180716
11:46pm

Monday, June 20, 2016

suatu kematian 12-06-2016



yg paling jauh adalah masa yg dh meninggalkan kita
dan kenangan lalu akan kekal menjadi memori 

smpi saat ini, aku masih cuba menerima realiti
insyaallah, aku redha.
cuma masih terkejut
mungkin kerana aku baru shja duduk sembang dgnnya 4 hari sblm dia pergi
masih sempat semabang dan makan bersama di dapur rumahnya
baju raya kami adik beradik masih ada yg sedang dijahit
belum siap..masih bersidai di kerusi dekat mesin jahit

allahu ya allah,
nenek ini sgt istimewa di hati kami
ampunkanlah dosa2nya,
terimalah segala amal dan kebaikannya kpd kami semua dan org2 di sekelilingnya
luaskanlah kuburnya, tempatkanlah dia bersama para solihin..

selamat jalan nenekku..
pemergianmu sgt dirasai.
jasamu & pengorbananmu yg sgt banyak takkan kami lupakan
senyumanmu, gelak tawamu kini hanya tinggal memori
nenekku, tiada gantinya

ramadhan & raya tanpamu..
suatu kehilangan yg besar buat kami.

al-faatihah

1939-2016


Sunday, February 22, 2015

love from allah

sejak 3 tahun lepas aku selalu follow satu blogger.
dan kami friend di Fb.
kawan di alam maya.

seorang perempuan.
student uia kuantan.
menghidapi sakit kronik.
sangat positif dan sangka baik dgn allah.
sangat kuat.

blognya sgt informatif.
dan dia pun selalu memberi semangat pd bloggers yg lain
yg menghidapi penyakit AIDS dan sebagainya.

aku baca bangun naik dia
mcm mana dia bertarung dgn penyakitnya.

smpi satu masa,
aku tgk dia berkahwin.
alhamdulillah
tapi dia ada masalah besar utk dapat anak.
disebabkan sakit kronik yg ditanggung.
but she never give up.
dan dia sentiasa choose utk +ve.

dan hari ini, slps lama aku tak jenguk Fb nya,
rupanya dia dah mengandung
next month dah masuk 8 bulan.

subhanallah maha suci allah
aku menangis
utk insan yg tak pernah aku jumpa
allahu akbar.
tahniah wahai pejuang tegar.
semoga allah selamatkan semuanya.
semoga sentiasa mendapat kekuatan luar biasa

jujur aku gembira
:')



Friday, February 20, 2015

towards a better me

bismilllah

bersabarlah dalam melakukan amal kebajikan.

banyak kita boleh jumpa ayat2 ini dlm al-quran.
byk kali allah pesan.

dan maksud amal kebajikan itu amatlah luas.
perlu diingat bukan sekadar dalam hal dakwah.
dlm hal dakwah mmg konfem

tetapi juga dlm beramal kpd kaum keluarga, sanak saudara.
bersabarlah.
ikhlaskan hati.
ur heart will feel content.
u will feel it right after
only if u set ur aim right.
redha allah.

dan rupanya baru aku pesan2 dlm usrah dgn adik2 kelmarin.

alhamdulillah
please remind me

:)