Friday, April 23, 2010

kisah di kedai mamak..


tghari hari ni iaitu hari jumaat, saya ke wangsa maju dgn mak sy, utk setelkan sikit urusan. bila perut lapar dan hujan mula turun, kami singgah ke kedai mamak yg kebetulan bukak masa tu. tgk jam. oh dah pukul 1.40pm. hari ni pulak hari jumaat. bukak lagi? kat depan kedai tu, kami nmpk ade dalam 3 orang lelaki melayu, yg mana kat malaysia ni, melayu ditakrifkan sbgi muslim.

yg dekat dalam ada sorang lelaki melayu duduk melepak tgk astro, channel box office movie. dan tak ketinggalan pekerja2 nya, mamak. terfikir jugak samda pekerja2 nya islam. sbb kan sebelum ni ada kedai mamak yg palsukn tanda halal. dan didapati ada pekerjanya yg xtau mengucap & bce wlu spotong ayat Quran pun. tp yg tadi tgk pada keadaan kedai mcm islam.

masa kami menjamu selera, borak2 la psl attitude org lelaki islam skrg yg ambik ringan solat jumaat ni. malu jugak rasa sbb dalam kedai tu ada bbrp lelaki cina dan india tgh makan.

masa nak bayar;

mak sy tanya: "you tak solat jumaat ke?"

gagap jugakla cashier tu nak jawab.

dia jawab: "saya solat kak..selang2 3x.."

mak sy: "u tak boleh macam tu..rezeki kan datang dari Allah. x bole mcm ni." mak sy ckp sambil tersenyum.

dia: "ya kak. sy tahu tu semua. sy tahu..terima kasih kak.." tersengih je org tu masa ni.

itula apa yg berlaku pd dunia skrg. tahu tp tak buat. atau tahu tapi x faham. bbrpa pengajaran yg sy dapat. pertama, berani@tidak kt menegur org. mencegah maksiat dgn conduct dan lisan. mcm tadi, mak sy dah buat. sy hanya mmpu membenci dgn hati saja. tak lulus lagi :) kedua, masih byk lagi org di luar sana yg tinggalkn urusan wajib. sbb nk bisnes jalan, yg wajib jadi no 2. ketiga, mari kita semua sama2 berpesan dgn kesabaran & kebenaran.

p/s: kedai mamak kat area tmn melewar mmg akan tutup bila solat jumaat. dan bole nmpk semua pekerjanya berpusu-pusu ke masjid. beramai-ramai. bisnes terjejas? makin ramai dtg adela:) jom tgk surah jumu'ah. di mana keyakinan kt bhw rezeki itu dtg daripd Allah~

wallahu'allam..

Wednesday, April 21, 2010

surat utk saya dan kamu

wslm wrt wbt,

firstly pada peringkat awal kejutan, bykkan ingat Allah. takde perkara yg telah berlaku melainkan ianya dah tertulis utk berlaku. nobody can take away harm/benefit except Him. pena dah diangkat, dakwat dah pun kering. mungkin kalau pass paper tu, lebih byk buruk drpd baik, who knows kan. mana tau kebaikannya hanya diketahui pada masa hadapan.

secondly, kena luahkan (ie ceritakan kpd org yg dipercayai) seperti mama/baba, adik beradik, naqibah etc. jgn simpan sorang2, nnt makin sakit jiwa. there're many people who care.

seterusnya, find out ape yg perlu dibuat skrg ie. adekah perlu ulang semester, atau ulang paper saja, atau apa.. dan clarify isu2 immediate.
then, tgk subjek yg tak lepas tu, postmortem, why rasa2nya tak lepas. is it mmg subjek tu susah atau subjek tu perlu requirement tertentu (eg language/skills/confidence etc) atau diluar kawalan kita seperti examiner yg terlalu strict etc.

sometimes in life we have to face our fear. i had to face it one time. you know sometimes Allah nk uji kita dgn sesuatu supaya kita tak "terikat" sgt dgn benda tu, ie apa yg Dia nk ialah kita terikat pada Allah sahaja. takde org yg successful dlm dunia ni except mesti pernah buat silap/fail etc. pernah merasai failure adalah aset penting utk lebih berjaya (dgn syarat belajar drpd peristiwa tu). semoga Allah mudahkan insha Allah
muadz

p/s: ini adlh emel dari seorg abang utk adik yg gundah gulana kejap semalam.

Thursday, April 8, 2010

betul ke hidup ni bosan??


Bosan dgn hidup? xde benda boleh buat? masa rasa mcm lambat sgt bergerak. bangun tido, melilau-lilau mata mencari2 ape bende nk buat. saraf2 otak pn stres sbb xdpt memproses maklumat dgn aktif. sbb tuan punya badan statik tak tau nk mulakan harinya dgn aktiviti apa. lagi2 bila dh mula cuti panjang 3-4 bulan. makin berkarat potensi urat saraf tuan punya badan.

Pernah rasa macam ni? rasa hidup ni dh xde benda nk buat. best ke bila xde langsung benda nk buat. bangun pagi, cuma buat benda2 yg rutin. apa ye benda2 rutin? makan, minum, tido, tgk tv, tgk movie etc. benda2 wajib pun belum tentu buat.

Sebenarnya bila hidup kita rasa kosong, bosan dan statik, maksudnya something wrong. bayangkan, jam kat dinding tu berjalan tak henti2(melainkan bateri nya low la) , siang dan malam pun berganti, sedar2 dh nk pertengahan tahun dah. tapi kita masaih duduk dekat titik yg sama. mcm berhibernasi. klu ikutkan haiwan je yg berhibernasi ni, mmg utk kebaikan dia. tp klu 2/3 manusia lebih memilih utk berhibernasi@ benda2 yg seangkatan dgnnya, apa nk jadi dgn dunia.

Ramai juga yg kata bestnye dpt tido. ya mmg best sbb tido itu nikmat. tapi klu smpi tido jadik hobi? tido yg dituntut dlm 6 jam mcm tu.

Bila dah set mind yg hidup ni bosan dan xde bende bole dibuat, anggota badan pn akan kata bosannya. malas nk buat apa2.

Tahukan bila kita x buat apa2, banyak peluang yg dh kita lepaskan. org lain terus maju ke depan, kita masih bbrp langkah tertinggal, dek sikap sendiri. sbb hidup jd statik dan satu nada je. xde turun naik, xde bende baru yg dipelajari dan sebagainya.

Apa kata keluar, dan buat sesuatu yg berguna. utk para da'ie, keluar cari mad'u (susah tp possible kan :p , keluar pg tangkap gmba utk rakamkan ciptaan allah yg sgt hebat, menulis artikel hnta kat paper, dkt blog etc, yg melukis, byk benda anda bole buat. komik islam etc. manfaatkn kemahiran anda pd perkara2 yg baik, buat bisnes, berinfaq, date dgn anak usrah, aturkn perjumpaan dgn sahabt2 lama kat sekolah, karang cerpen, karang sajak puisi, jahit baju2 yg dh terkoyak2, bljr masak, ajar adik dlm subjeknya & benda2 lain, berkebun, petang2 bersukan & bergaul dgn jiran2 dan mcm2 lg.

Fikirkan mcm mana para alim ulamak dahulu dpt hasilkan sesuatu yg baru dlm bidang masing2. dlm bab2 hukum hinggalah sains. mcm mana dr paleolitik, beralih pd zmn mesolitik, seterusnya kita sekarang. sejarah itu berubah apabila wujudnya manusia yg sentiasa berusaha membuat sesuatu yg baru. provided yg elok2la.

Perlu jugak ingat, yg bosan ni bukan satu alasan utk hisap dadah, melepak dkt shoppin complex dan usik2 perempuan, marathon cite korea dlm sehari, bergayut dkt telefon berjam2 etc. ganti rasa bosan tu dgn seribu satu aktiviti yg bermunafaat. bosan & xde benda nk buat tu dh mmg negatif, x kanla nk ganti dgn benda2 yg jelas merugikan.

Ada sebab lg kah utk kata aku bosan, hidup ni bosan, semua bosan?? Org yg selalu kata hidupnya bosan, sebenarnya dia telah membosankan dirinya sendiri. mgkin jgk menzalimi org2 lain yg sgt memerlukan kemahiran dan tenaga kita. Maka, Sama2 kita semua renungkan..jom jadi muslim yg cemerlang, memberi & membantu masyarakat sekeliling.

wallahu'allam..

Wednesday, April 7, 2010

Kisah hijrah


Rasanya ramai dh dengar kisah hijrah Malek Noor, yg satu masa dulu cukup famous dgn sukan angkat berat. benarlah hidayah tu milik Allah swt. sayu jugak bila baca kisah2 mcm ni. beruntunglah sbb Allah masih memilih mereka utk pulang ke jalan yg satu. kisah Malek Noor@Dato' Malek Noor ni satu kisah yg sgt bagus utk dijadikan pengajaran. bila mana manusia lalai dan leka dlm mencari & mengejar kekayaan dunia. duit, perempuan, pangkat dan sebagainya. pengakuan berani daripada malek noor ttg semua kisah silamnya. satu perkongsian yg sgt berani dan menginsafkan.

Pagi tadi ada siar dkt tv3, rancangan Hati Lelaki. walaupun dah berpuluh tahun tak menunaikan tanggungjawab sbgi seorg muslim, tak solat, tak puasa, makan dan minum benda2 haram, dan sebgainya. tapi ternyata Allah masih membuka peluang pdnya. kisah hijrahnya bermula lepas dengar azan satu petang. bukan dia tak pernah dgr azan, tp sudah takdir azan yg satu itulah yg membuatkan hatinya resah gelisah, menangis x henti2..dan akhirnya menapak sedikit demi sedikit kpd jln Allah. dan mmg penting utk sentiasa bergaul & berjumpa dgn org2 soleh, org2 yg boleh membantu kt menjadi seorg muslim yg lebih baik. supaya mata hati kt lebih dekat dgn Allah. boleh google lg pasal kisah hijrahnya.

Seperti kisah Umar Al-Khattab..walaupun sebelum dia memeluk islam, segala macam perbuatan jahat dah dibuatnya. tp selepas kalimah syahadah itu disebut, Umar adalah Umar yg baru dan suci. benar Islam tak memandang siapa individu itu utk melayakkan dia menjadi seorang Muslim.
Begitu juga dgn kita yg sudah sedia seorg islam sejak lahir..lahir sbgi muslim tak beerti kt sudah selamat. kerana itulah, slh satu mekanisme utk kt berhubung dgn Allah adalh melalui solat dan mcm2 lg amalan wajib dan sunat yg ada. taubat juga bukan sekadar di mulut. tp yg penting di hati. bertaubat ni mesti diiringi dgn mcm2 lg usaha susulan utk berubah dan berubah.

Bila rasa ada spark@ cetusan hati kata nk berubah, cepat2lah ambil peluang..Berdoalah supaya kita semua sentiasa mendapat hidayah Allah swt..

Sunday, April 4, 2010

Mahukah kt akhirnya spt kaum Nabi Lut a.s ?


Rasa terpanggil utk menulis ttg satu isu yg agak sensitif . tp tension sbb masalah ni makin merebak2 skrg. masalah yg dh makin ramai iktiraf especially kat negara barat. masalah apa? gejala homoseksual @ lebih senang sebut, gay. kaum lelaki tertarik pd kaum lelaki jugak. ya masalah yg cukup membuat hati sakit tiap kali terbaca psl ni. satu hubungan haram yg sudah pun dihalalkan oleh manusia2 jahil. sebenarnya bukan kat barat saja benda ni. tapi jugak kat malaysia. ingat lg x berita tahun lepas, polis jumpa satu kelab gay dan hampir 500 pengunjung ditangkap. hm kat malaysia, org masih takut2 utk declare secara terang. tp klu hal ni x dibendung, xtau ape nk jadik kat malaysia ni.

Ni baru ckp psl lelaki suka lelaki. yg perempuan suka perempuannya lg, masalah zina lg, khalwat yg makin popular dan sebagainya. persoalannya, cukupkah hanya buat penyiasatan berkala @ bila dapat laporan, baru buat operasi. wpun sgt berterima kasih adanya operasi2 mcm ni, cumanya adakah mslh pokok dpt diselesaikan? bila tgk dkt malaysia ni sebenarnya, ramai je kaum lelaki. hatta kat satu dunia ni pun. cuma mana perginya yg berkualiti, yg dpat memimpin masyarakat sekeliling.

Homoseksual ni sememangnya satu penyakit. sbb ape? satunya lari dari fitrah. kedua, bila terkeluar dari landasan yg betul, kt akn semakin jauh dari Allah. ketiga, penyakit2 fizikal spt HIV dan sebagainya.

Post ni bukanlah bertujuan utk membenci dan menyalahkan golongan2 ni. sbb bg sy, mslh ni sesuatu yg perlu kt sama2 banteras. bile ckp psl sama2 ni, klu yg lelaki perlulah bantu kwn yg mengaku@mcm ada bau2 nk terjebak pd benda ni. jgnlah ditinggalkan dan dikutuk2. sbbnya selalunya starting point gejala ni adlh dr perasaan. klu perasaan salah & sonsang tu bercambah dan kt x membantu, sanggupkah tgk kawan sendiri jdk macm tu. wpun cakap mmg senang, tp bila lagi nk sibuk tepi kain kawan kan :) sbb esok2 di padang mahsyar, kt akan disoal oleh Allah..

Sebab tu sy sgt menggalakkan semua terutama yg terjebak dgn gejala ni utk tgk rancangan jalan taqwa, hari jumaat kat tv3. pd pukul 3.30pm. tgk siaran bertarikh 2 april. yg episod psl dilema batin seorng homoseksual, sgt baik utk dibuat sebagai pengajaran, semangat dan kekuatan utk berubah mjadi normal, seterusnya mendekatkan diri pd Allah semula.

Ingatlah bahawa Allah sentiasa menanti hambaNya bertaubat selagi mana pintu taubat masih terbuka luas. dan sy yakin sebenarnya ramai lelaki yg terjebak dgn gejala ni sebenarnya nak keluar dari hidup mcm tu. cuma kurang kekuatan, sokongan dan azam utk berubah.

Kalau nk berubah, berkorbanlah, bermujahadahlah. jangan tangguh lagi ..!!
Jgn lupa kisah kaum Nabi Lut...
Na'uzubillah..


Thursday, April 1, 2010

imbas2

Haa.. kenapa pulak gmba kawen nih. huhu. saje nk imbas2 balik pasangan2 yg dh pun selamat bernikah dan lalui alam perkahwinan. ada yg dah dekat 4 tahun kahwin. ada yg baru bersalin 2-3 bulan lepas. ade jgk yg dh pun ada cahaya mata. ada yg tgh tunggu kelahiran, dan ada yg baru bbrp bulan kahwin. huhu.

apepun, moga Allah berkati kalian sentiasa, membimbing kalian pd mawaddah dan mardhatillah. mendapat anak2 yg soleh solehah wa musleh muslehah :) dan paling penting menjadikan kalian hamba Allah yg lebih baik..

Pada yg bakal bernikah x lama lg, didoakan sumenye berjalan lancar, inAllah :)












p/s: dh dekat bulan 6 ni, makin byk cerita2 org nk bersatu :) alhamdulillah..