Saturday, December 29, 2012

question mark


"mixture of feelings. when too many things happen around you, related to you.

when you are slowly not able to handle your emotion in certain situation

when you suddenly realized that you fail to do so many thing throughout your life

when you feel like you do not know how to face these amount of tests from Him

childhood until now."


"you try to speak your heart

but some just straightly compare you to other person

and pointing that you should be like her

without even trying to listen and understand"


"when you know that you are not deserve to be in you what you are today"


"because you want to do the best for all the people you love the most

them.

but you failed to do so."



"you never blame Him because He knows best.

but at some points you confused

mainly towards yourself"


"you only have Him and only He knows you"



is it an early sign of depression?

just hope it's not too late


Sunday, December 23, 2012

rabbi..


warning: ada content yg agak tak best. tp inilah realiti.

"office i ok tp kurang satu je. takde perempuan cantik. semua dh makcik2, kerani pun muka ....boringla ofis"

"s**** a**** tu pegi salam tgn boyfriend dia. jaga2la imej bertudung tu. tak padan"
"eh tapi derg dah bertunang kan? taktaula tp pd saya, tak salah dia nk salam tgn tunang dia"

"jom pegi trim kening. aku punya dh mcm ape dh serabut"

"i dh tgk movie twilight. masa part derg nk buat benda tu, dh potong byk .dlm movie sekejap je. i dh penah baca novel dia, panjang gila novelis describe"
"takpela kan kitorg ckp psl ni. pengetahuan ready2 be4 kawen" gelak2.

"aunty(cleaner office) kata dia nmpk bos ofis atas tgh raba2 dgn staf dia masa lunch. aunty kata perempuan tu dh kawen. klu aunty jd suami dia, dh lama aunty ceraikan. ape punya isteri."
"apela aunty tu pun nk kisah. hal org lain.bukan dia pun yg tanggung dosa. biarlah org nk buat apa. menyibuk je. aunty tu pun dosa jugak"
*baca aunty to chinese beragama buddha.

dan byk lagi weird conversation yang kedengaran di telinga.

ya allah.. beri aku kekuatan utk buat sesuatu?

multaqa' yg penuh dgn suntikan semangat.
kita adalah agen utk smpikan kebenaran.
lihat prestasi, allahu rabbi...

Thursday, December 13, 2012

apabila hidayah menyapa

long but worth reading. love this one:

"...Mata aku dah lain, telingaku dah lain, lidahku dah lain dan hatiku dah lain. Aku melihat benda yg sama tapi aku tak nampak benda yang sama lagi. Apa guna kejayaan dan kekayaan jika tak ada Allah di sisi kita..."


Ramai yg bertanya kepada aku "Macammana Gaza bang?" Dan aku sedar yang aku terpinga pinga nak menjawab soalan itu. Nak kata "Ok", aku dah tengok kehancuran di sana. Nak kata "Tak Ok" aku dah bertemu dengan orang orang yang paling berani, paling peramah, paling mesra, paling bertaqwa, pendek kata orang paling indah di dunia. Mereka sentiasa tersenyum apabila menyambut kita setiap kali kita bersua muka dan tak perlulah kita tanya samaada senyum mereka ikhlas atau tidak kerana tidak ada kesinisan di jiwa mereka. Raut wajah mereka membayangkan satu ketenangan yang sangat saya rindui. Ketenangan yg terpapar di seluruh Gaza.

Walaupun serpihan bom merata rata, aku rasa seperti seorang anak kecil yg di jaga oleh ibunya. Selamat dan di sayangi. Hidup mereka hanya untuk mencari keredhaan Allah, untuk dekat dengannya. Walaupun begitu mereka bukan sahaja duduk di masjid masjid, mereka aktif di kota yg mereka cintai, sentiasa berusaha memperbaiki keadaan ekonomi palestine, memperbaiki kehidupan rakyat palestin. Sesungguhnya pada ketika ini mereka tak ada masa depan, jika kita mengikuti ukuran kejayaan kehidupan kita di Malaysia. 

Tapi mata ku tidak melihat seperti dulu. Aku cakap pada isteriku setiba aku kembali ke negara yang aku cinta ini, Mata aku dah lain, telingaku dah lain, lidahku dah lain dan hatiku dah lain. Aku melihat benda yg sama tapi aku tak nampak benda yang sama lagi. Apa guna kejayaan dan kekayaan jika tak ada Allah di sisi kita. 

Pada masa yg sama kejayaan kita akan lebih bermakna dan di berkati jika Dia bersama di sisi. Aku bukan orang alim, aku tak boleh nak quote ayat ayat quran untuk mengajar tetapi sekarang keredhaan dan keimanan yg aku cari dan akan terus aku perolehi. Kalau orang Palestin boleh sentiasa bersifat positif walaupun ditindas dan di tekan oleh israel, Aku pun mahu jadi positif mencari kebaikan dlm sesama umatku, aku akan buat yg terbaik untuk menghabiskan saki baki hidup aku sebagai seorang yg sentiasa membuat kebaikan untuk sesama saudaranya dan paling utama mendapat keredhaan Allah. 

Kita bantu rakyat kita yg memerlukan kerana sini bantuan boleh di hantar dgn segera dan ramai yang boleh melakukannya akan tetapi Palestin akan menjadi perjuangan jangka masa panjang aku. Seperti sahabatku sebelum ini aku pun dah jatuh cinta dgn bumi itu dan org orgnya. Insyaa allah aku akan kembali ke bumi barakah itu tak lama lagi. Aku Afdlin Shauki. Aku masih lagi anak seni. Aku masih akan menghiburkan selagi termampu, tetapi seniku bukan kosong, seniku mungkin bukan untuk semua tetapi seniku akan ada kebaikan untuk masyarakat dan manusia sejagat.



-Afdlin Shauki-