Posts

Showing posts from 2010

Believe in Allah & His plannings,,

Image
Air mata tak henti mengalir melihat video ini & post2 beliau di blognya..sebelum pulang ke rahmatullah pada 17 Disember 2010. Inilah semangat kental seorang pesakit kanser..menghadapi kenyataan yg perit dgn semangat juang yg cukup tinggi.seorang anak yg mencintai ibunya..moga Allah ampuni segala dosanya & mengkabulkan doanya utk bertemu sahabat & keluarganya di syurga. http://masafzal.blogspot.com/ Sekadar memetik luahan hati seorang ikhwah.. Assalamualaikum sahabat, Kekadang hati ini terlalu keras untuk kita pecahkan dan terlalu beku untuk megingat akan tanggungjawab , amanah dan dosa serta kematian yang akan datang secara tiba-tiba. Kita melihat sahabat dan saudara mara kita seorang demi seorang di panggil Allah kembali and yet ..Oh rasanya macam kita ni lambat lagi.. Itulah bisikan Nafsu dan Itulah Tablisul Iblis yang sentiasa memperdaya kita agar "bertangguh" untuk beramal soleh.. Kisah ini kita ambil buat iktibar. Seorang anak yang sole

LLB/2010

Image
bismillah.. fasa exam dah pun berakhir. mcm2 gelagat ada. atranya semasa kertas terakhir, ramai pelajar tahun akhir undang2 menjerit: " yeay!!aku dah habis belajar..!!" " aku dah tak pyh tgk bku dahhhhhhhhhhh.." dan siap ada yg tiup benda yg org selalu pakai masa sambut birthday :) tersenyum melihat mereka. sbb ada di antara kami yg belum habis. masih ada setahun lagi. dan juga kerana realiti semasa praktikal nnt sgt mencabar. semuanya perlu atas kaki sendiri. drafting affidavit, cari bahan bukti, appear dlm mahkamah, draft segala mcm statement of claim, defence etc, deal dgn client yg mcm ragam dn macam2 lagi. sgt2 berharap agar semua graduating batch of 2010 lulus semua paper baru2 ni. begitu juga aku. sekarang masa utk bertawakal dan berdoa. ape pun yg terjadi, moga Allah sentiasa membimbing diri dan memudahkan langkah selepas itu. that is the most important. utk yg ambil syariah, jgn terpengaruh ye :-) ada sambung lagi setahun utk menelaah kitab2 kuning, buku2 b

.Pandang Depan.Move Forward.

******** ya allah.. jgn jadikan aku lalai dgn impian yg aku mahukan yg hanya sementara yg belum tentu akan menjamin siapa aku apabila aku bersendirian apabila jauh dari suasana 'selamat' jgn jadikan aku terlalu sedih & tenggelam dengan ujian2 yg Kau anugerahkan jgn jadikn aku manusia lupa diri pada segala nikmat & rahmatMu kpdku selama aku bernafas aku pasti akan bersangka baik kepadaMu.. pasti ada sesuatu yg Kau mahu tunjukkan pasti ada rancangan Kau yg terbaik buat aku.. In.Allah3x رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (8) *******

cermin diri sendiri..

tidak berapa suka certain sikap, tabiat & perangai org lain tapi rupa2nya, diri sendiri lakukan silap yg sama, sedar@tidak. ada inherit jugk sikap2 itu.. muhasabahlah wahai diri. check hati masing2 tiada siapa yg akan rugi malah untung berganda . -->really wanna be a better person...Allah please enlighten me with your guidance..

Mati itu sudah tercatit..

Image
وَجَاءتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنتَ مِنْهُ تَحِيد ُ Maksudnya: "Dan telah datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya." (Qaf : 19) فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ Maksudnya :"Maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya." (al-A'araf : 34) ::Cukuplah kematian sbgi peringatan:: Perpisahan itu sgt menyakitkan. apetah lg klu ia adalah perpisahan terakhir.. takkan bertemu lg di dunia. berita pemergianmu sgt mengejutkan tapi Allah telah berkata bahawa kematian itu pasti tidak akan pernah cepat@lewat. kematian juga tak kenal siapa & umur jika sekian waktu telah tercatit tarikh ajal kita maka itulah akhirnya jejak kt di dunia akan ada satu lg alam iaitu alam barzakh astaghfirullah.. rasa mcm semalam baru bertemu baru ketawa sama2 belajar sama2 suka duka dlm bersahabat dan macam2 lg

‘Toxic People’ vs ‘Unsung Hero’

copy paste dr blog Ust Pahrol ‘Toxic People’ vs ‘Unsung Hero’ “Belajarla merasa bahagia dengan membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain,“ pujuk saya. “Senanglah saudara cakap begitu kerana saudara tidak mengalaminya. Jiwa saya tersiksa sungguh. Dulu projek tu sayalah yang memberi idea. Saya juga yang memulakannya. Pada waktu itu mereka melihat sahaja dengan penuh sinis. Tapi saya sejak dulu lagi sudah optimis, projek yang saya ilhamkan itu akan berjaya.” “Masalahnya?” “Setelah berjaya saya diketepikan. Mereka yang sinis dahulu beria-ria pula mendabik dada, konon kejayaan projek itu hasil usaha mereka,” ujarnya sedih. “Allah Maha Mengetahui. Insya-Allah, Allah akan memberi ganjaran atas kebaikan saudara walaupun manusia lain mkelupakannya.” “Betul macam yang diungkapkan oleh peribahasa lama, lembu punya susu, sapi dapat nama.” “Biarlah sapi dapat nama, insya-Allah jika ikhlas kita dapat pahala dan keredaan Allah,” pujuk saya terus menerus. “Saya sakit hati…” “Saudara, b

Kenyataannya..

Image
Kenyataan atau hakikat, mmg payah nak telan. lagi2 kalau kenyataan tu x manis mcm gula. walaupun dh tahu kenyataan ttg sesuatu, still lg best klu x tahu pun. kenyataan atau ade jgk org panggil kebenaran, selalunya tu lah yg paling payah kt nak telan n terima. kenyataan bhw kt ada certain kelemahan dlm diri & perlu dibaiki. klu x makan diri. ni lah yg plg pahit bukan? bila org menegur, kt masih melakukan kesilapan yg sama. masih mahu tarik muka n salahkan org lain. Mmg kenyataannya kt mmg bukan hamba Allah yg perfect. tapi dlm masa yg sama kt perlu sentiasa cuba utk jadi n buat yg terbaik. tak kiralah dari sudut apa sekalipun. sudut akhlak, hubungan dgn mak ayah, dgn org sekeliling, dgn kawan, cikgu, jiran, mkck jual kuih dan lain2. tak lupa jugak pada iman n amal kt. kenyataannya takde siapa yg sempurna, tapi kenyataannya Allah itu sempurna. kalau orang lain tak tahu, Allah konfem tahu apa yg kt buat. bukankah Allah pemilik alam ini. ingat..bukan kt yg perfect. tapi Allah swt. maka

katakan TIDAK pd ghuruur.

bulan syawal tiba, berlalulah bulan ramadhan. syaitan juga back to business. kt bagaimana? "Wahai manusia! Sungguh, janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu memerpdayakan kamu tentang Allah" [Faathir:5] "Wahai manusia! Bertaqwalah kepada tuhanMu dan takutlah pada hari yang (ketika itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun. Sungguh, janji Allah pasti benar, maka janganlah sesekali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam mentaati Allah" [Luqman : 33] Dua ayat ni antara ayat yg mana Allah ingatkn manusia spy jangan terpedaya & tertipu dgn dunia. bukan ayat ni shj, boleh jumpe dlm byk ayat lain lg. klu benda yg sama diulang2, mesti perkara tu sgt2 penting & tak boleh dipandang sebelah mata. Bila baca buku Dr Akram Ridha ni, barulah tahu tertipu dgn nikmat duni

transform!

Image
"Kau tak faham..bukan mudah nk berubah." "Bukan senang nk tinggalkan habit yg dah biase buat." "Org2 mcm aku ni mmg takde harapan da.." Biasa kan dengar statement2 ni. mungkin kt sendiri pernah melaluinya, masing2 ada kisah hijrah masing2 bukan? drpd sekecil-kecil perubahan smpilah ke besar. hakikatnya, mmg nk berubah bukan satu bende yg senang & petik jari je. bayangkanlah, klu nk pindah rumah pun bukan mudah. byk involve emosi sbb dah biasa dgn tmpt lama,dh ada kawan2, nnt pg tempat baru, nk kene sesuaikan diri pulak dsbinya. tak masuk lg proses nk pindah tu. Ini adalah perumpamaan kpd kt manusia ni yg sedg melalui fasa2 perubahan@hijrah mjadi manusia a.k.a hamba Allah yg lebih baik di mataNya. spatutnya mmg setiap hari perlu ada peningkatan dlm diri masing2. biarlah kecil sekalipun, yg penting Allah tahu :) Bulan puasa pulak dah dtg menjengah. dah pun masuk hari ke-4. apa amal yg dah pun kt lakukan selama 3 hari berpuasa ni? astaghfirullah..sama2 ch

:)

Image
ukhuwwah itu tautan hati ada cas2 yg sentiasa mengalir atra satu sama lain cas2 yg dikurniakn oleh Pencipta menimbulkn cinta, kasih syg, kongsi, pengorbanan, ithar, memaafkan, rindu, sedih, gembira dan segala2nya.. ^_^

kombo program PALESTIN : buktikan anda PEDULI..

Image
Tahukah anda, apa itu Lifeline 4 Gaza & apa yang akan berlaku pada 15 Mei 2010? 'Lifeline 4 Gaza' atau 'Talian Hayat untuk Gaza' adalah kolaborasi antara NGO-NGO di Malaysia dalam suatu kempen antarabangsa untuk menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerusi jalan laut. Seperti yang umum ketahui, Gaza telah berada di bawah kepungan rejim Zionis sejak tahun 2007 lagi. Bermula dari detik hitam itu, hubungan Gaza dengan dunia luar telah terputus secara langsung. Keperluan-keperluan asasi penduduk Gaza juga telah disekat tanpa peri kemanusiaan. Justeru, Lifeline 4 Gaza adalah suatu inisiatif oleh NGO-NGO dari 17 buah negara untuk menghantar bantuan-bantuan kritikal yang diperlukan oleh penduduk Gaza. Sebanyak 20 buah kapal yang sarat dengan muatan bekalan asasi disasarkan menyertai misi ini. Kapal-kapal dijangka berlayar meninggalkan Turki pada 15 Mei 2010 dan bergerak secara konvoi sehingga ke perairan Gaza. Bagi memenuhi misi ini, aktiviti pengump

cinta di rumah AL-BANNA

Image
Setuju dgn statement pendidikan itu dtg dari rumah? Cinta bermula dr rumah. ya sy setuju dgn statement ini. kerana institusi keluarga adlh atra asas kpd kekuatan & kualiti masyarakat. ttp apa yg berlaku masa kini adlh sebaliknya. Buku CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA , tulisan Mohammad Lili Nur Aulia sgt realistik & pd saya sgt baik utk dijadikan panduan pd ibu bapa seluruhnya. bayangkan seluruh hidup Imam Hassan Al-Banna diabadikan utk mentarbiyyah insan2, siang malamnya penuh dgn aktiviti2 dakwah. bukan seorang yg punya banyak masa kosong sprti kita. tetapi beliau telah melakar cinta di rumahnya. mendidik & membesarkan ke-enam2 zuriatnya dgn penuh hikmah, cinta & kelembutan. di dalam kesibukan tersebut, kebajikan isteri & anak2 tidak pernah diabaikan. Antara yg bg sy luar biasa mengenai beliau adlh beliau sgt mengambil kira perkara2 penting sprti anaknya menghidap penyakit apa, sejarah kelahiran, nombor kelahiran, keperluan di sekolah, apa yg perlu dipertingkatkan d

kisah di kedai mamak..

tghari hari ni iaitu hari jumaat , saya ke wangsa maju dgn mak sy, utk setelkan sikit urusan. bila perut lapar dan hujan mula turun, kami singgah ke kedai mamak yg kebetulan bukak masa tu. tgk jam. oh dah pukul 1.40pm. hari ni pulak hari jumaat. bukak lagi? kat depan kedai tu, kami nmpk ade dalam 3 orang lelaki melayu, yg mana kat malaysia ni, melayu ditakrifkan sbgi muslim. yg dekat dalam ada sorang lelaki melayu duduk melepak tgk astro, channel box office movie. dan tak ketinggalan pekerja2 nya, mamak. terfikir jugak samda pekerja2 nya islam. sbb kan sebelum ni ada kedai mamak yg palsukn tanda halal. dan didapati ada pekerjanya yg xtau mengucap & bce wlu spotong ayat Quran pun. tp yg tadi tgk pada keadaan kedai mcm islam. masa kami menjamu selera, borak2 la psl attitude org lelaki islam skrg yg ambik ringan solat jumaat ni. malu jugak rasa sbb dalam kedai tu ada bbrp lelaki cina dan india tgh makan. masa nak bayar; mak sy tanya: "you tak solat jumaat ke?" gagap jugakla

surat utk saya dan kamu

wslm wrt wbt, firstly pada peringkat awal kejutan, bykkan ingat Allah. takde perkara yg telah berlaku melainkan ianya dah tertulis utk berlaku. nobody can take away harm/benefit except Him. pena dah diangkat, dakwat dah pun kering. mungkin kalau pass paper tu, lebih byk buruk drpd baik, who knows kan. mana tau kebaikannya hanya diketahui pada masa hadapan. secondly, kena luahkan (ie ceritakan kpd org yg dipercayai) seperti mama/baba, adik beradik, naqibah etc. jgn simpan sorang2, nnt makin sakit jiwa. there're many people who care. seterusnya, find out ape yg perlu dibuat skrg ie. adekah perlu ulang semester, atau ulang paper saja, atau apa.. dan clarify isu2 immediate. then, tgk subjek yg tak lepas tu, postmortem, why rasa2nya tak lepas. is it mmg subjek tu susah atau subjek tu perlu requirement tertentu (eg language/skills/confidence etc) atau diluar kawalan kita seperti examiner yg terlalu strict etc. sometimes in life we have to face our fear. i had to

betul ke hidup ni bosan??

Image
Bosan dgn hidup? xde benda boleh buat? masa rasa mcm lambat sgt bergerak. bangun tido, melilau-lilau mata mencari2 ape bende nk buat. saraf2 otak pn stres sbb xdpt memproses maklumat dgn aktif. sbb tuan punya badan statik tak tau nk mulakan harinya dgn aktiviti apa. lagi2 bila dh mula cuti panjang 3-4 bulan. makin berkarat potensi urat saraf tuan punya badan. Pernah rasa macam ni? rasa hidup ni dh xde benda nk buat. best ke bila xde langsung benda nk buat. bangun pagi, cuma buat benda2 yg rutin. apa ye benda2 rutin? makan, minum, tido, tgk tv, tgk movie etc. benda2 wajib pun belum tentu buat. Sebenarnya bila hidup kita rasa kosong, bosan dan statik, maksudnya something wrong. bayangkan, jam kat dinding tu berjalan tak henti2(melainkan bateri nya low la) , siang dan malam pun berganti, sedar2 dh nk pertengahan tahun dah. tapi kita masaih duduk dekat titik yg sama. mcm berhibernasi. klu ikutkan haiwan je yg berhibernasi ni, mmg utk kebaikan dia. tp klu 2/3 manusia lebih memilih utk berhi

Kisah hijrah

Image
Rasanya ramai dh dengar kisah hijrah Malek Noor, yg satu masa dulu cukup famous dgn sukan angkat berat. benarlah hidayah tu milik Allah swt. sayu jugak bila baca kisah2 mcm ni. beruntunglah sbb Allah masih memilih mereka utk pulang ke jalan yg satu. kisah Malek Noor@Dato' Malek Noor ni satu kisah yg sgt bagus utk dijadikan pengajaran. bila mana manusia lalai dan leka dlm mencari & mengejar kekayaan dunia. duit, perempuan, pangkat dan sebagainya. pengakuan berani daripada malek noor ttg semua kisah silamnya. satu perkongsian yg sgt berani dan menginsafkan. Pagi tadi ada siar dkt tv3, rancangan Hati Lelaki. walaupun dah berpuluh tahun tak menunaikan tanggungjawab sbgi seorg muslim, tak solat, tak puasa, makan dan minum benda2 haram, dan sebgainya. tapi ternyata Allah masih membuka peluang pdnya. kisah hijrahnya bermula lepas dengar azan satu petang. bukan dia tak pernah dgr azan, tp sudah takdir azan yg satu itulah yg membuatkan hatinya resah gelisah, menangis x henti2..dan akhir

Mahukah kt akhirnya spt kaum Nabi Lut a.s ?

Rasa terpanggil utk menulis ttg satu isu yg agak sensitif . tp tension sbb masalah ni makin merebak2 skrg. masalah yg dh makin ramai iktiraf especially kat negara barat. masalah apa? gejala homoseksual @ lebih senang sebut, gay. kaum lelaki tertarik pd kaum lelaki jugak. ya masalah yg cukup membuat hati sakit tiap kali terbaca psl ni. satu hubungan haram yg sudah pun dihalalkan oleh manusia2 jahil. sebenarnya bukan kat barat saja benda ni. tapi jugak kat malaysia. ingat lg x berita tahun lepas, polis jumpa satu kelab gay dan hampir 500 pengunjung ditangkap. hm kat malaysia, org masih takut2 utk declare secara terang. tp klu hal ni x dibendung, xtau ape nk jadik kat malaysia ni. Ni baru ckp psl lelaki suka lelaki. yg perempuan suka perempuannya lg, masalah zina lg, khalwat yg makin popular dan sebagainya. persoalannya, cukupkah hanya buat penyiasatan berkala @ bila dapat laporan, baru buat operasi. wpun sgt berterima kasih adanya operasi2 mcm ni, cumanya adakah mslh pokok dpt diselesaik

imbas2

Image
Haa.. kenapa pulak gmba kawen nih. huhu. saje nk imbas2 balik pasangan2 yg dh pun selamat bernikah dan lalui alam perkahwinan. ada yg dah dekat 4 tahun kahwin. ada yg baru bersalin 2-3 bulan lepas. ade jgk yg dh pun ada cahaya mata. ada yg tgh tunggu kelahiran, dan ada yg baru bbrp bulan kahwin. huhu. apepun, moga Allah berkati kalian sentiasa, membimbing kalian pd mawaddah dan mardhatillah. mendapat anak2 yg soleh solehah wa musleh muslehah :) dan paling penting menjadikan kalian hamba Allah yg lebih baik.. Pada yg bakal bernikah x lama lg, didoakan sumenye berjalan lancar, inAllah :) p/s: dh dekat bulan 6 ni, makin byk cerita2 org nk bersatu :) alhamdulillah..