Wednesday, December 19, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

moge setiap dari kita mempunyai jiwa
yg akan dan bersedia berkorban bila2 masa saja..
untuk islam.
untuk keluarga.
untuk sahabat.
untuk belajar.

ape2 saje erti pengorbanan pada anda
moga semuanya ditujukan utk keredhaan Allah
semata-mata

moga semua yg sdg mengerjakan haji
jauh di makkatul mukarramah..
moga semuanye mencapai
haji mabrur

Monday, December 17, 2007

ppn '07 (tlambat update gamba)

maya - afrah - asma
moge kt sntiasa di jln dkwh!!
k maryam n aishah
wpun xjoin most of d session dlm dwn,mge pnt lelah yg sket ni(jual tudung)diredhai Allah

[ re-LITE karisma ]

kak niha dgn smgtnye..^.^
aminah n murshidah..
best gile game ni..wpun sy tgk je,tp trase kseronokannye *-*
pgenalan ttg karisma
tim..pc prog

[ re-LITE karisma ]

taaruf game
briefing on QYC by k wardah n k fatimah
hepinye cik mai *.*
game koyak2 kertas=seribu pengajaran

re-LITE,sambutan pljr baru karisma

Alhamdulillah..
re-LITE karisma berjalan dgn lancar
hujan pun x turun seperti yg dijangka
thank u allah ^ . ^

at 1st,
peserta yg dijangka seramai 50 org..
tp sy tempah utk 45 je
hwvr..a bit sad
becoz only 27 + came on that day
but its ok coz we manage to make it 40 bungkus
oklah jugak wlpun dpt kurang 5 je
alhamdulillah..ramai yg sudi bwk balik yg lebih2 tu
credits to them
time kasih sbb x membazir
tahniah sbb anda tdk memilih syaitan sbgi shbt anda ^ - ^

sblm lupe,
i would like to apologize for any shortcomings with the food n the drink
mane2 air yg rase terlebih manis/terkurang gula/terlebih masam
mknn yg agak x menepati permintaan asal kami iaitu nasi beriani
ampun maaf ye sume
x sangke la plak nasi nye x mcm nasi beriani
n xde kuah dalca spt yg dijanjikn
mcmanepun,
ni sume rezeki kite kan..
alhmdulillah,teisik jgk perut2 kt sume tghari tu *.*

moge kite balik dr prog tu dgn jiwa yg segar
yg sentiase mahukn ia wangi bak kasturi
moge sume pengisian yg ade aritu
terkesan wlu secalit d hati kt
ameen...
Sem baru dh mula
ni bemakna,sakit kepala akan bertambah
dan sindrom risau akn menyerang..

ni juge bermakna,
aku akn berdepan dgn berbagai ragam hidup
yg aku tau aku x blh lari
yg aku tau aku mesti kuat
dan terus tabah

tp bak kate dr har..
sumtimes..,
its ok for u not to be ok

aku mst terima hakikat
yg dunia ni x selalunye indah
cbrn akan dtg xkire waktu
tp xpe
sbb Allah tau aku mampu

kdg2.. jgn fikir
dan jgn hirau ape org nk kate
biarlah..
mereka kate dn terus kate
sesungguhnya,Dia yg tahu
mane benar
dan mane yg palsu

Friday, November 30, 2007

Good Luck!!

Dapatkan TestiGoodLuck Di sini

Good luck pd sume.2 hari lagi dh nak mula semester baru.
tanamkan azam baru dlm akademik dan jugak dlm dakwah.
moge sume sukses di dunia dan akhirat!!!ameen.

Thursday, November 29, 2007

RAHSIA2 PEMAKANAN GENIUS2 ISLAM

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

MADU


Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "
shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori

+Thoughts for today+

TAKE EACH DAY,ONE AT A TIME

One day at a time-this is enough. Do not look back and grieve over the past, for it is gone. Do not be troubled about the future, for it has yet to come. Live in the present, and make it so beautiful that it will be worth remembering.

Wednesday, November 28, 2007


~Pamilia yg tercinta~


~Uhibbukuma jiddan~

~Aina Aleeya Abdullah~
moge jadi generasi penyambung dakwah



PPN 7 Hari ketiga dan terakhir

Hari ni penutup tirai ppn 07.sy masih lagi jage gerai ngan kak has.menghabiskan stok tudung2 n baju melayu dr kelate.mcm biase,alhamdulillah,arini punye jualan laris.arini xjadik fasi.so iffah mengajuk.huhu.maaf ye iffah.so..sy xjage remaja mase derg main sukaneka.

Bile tengahari dtg,ramai shbt2 nk balik dah.ade jugak makcik pakcik yg balik.petang tu sy dpt masuk skjp dlm dewan..barula tau time tu.boleh masuk dewn.tp ikut jln tepi kat pintu yg makanan keluar masuk.dptla jugak dgr beberapa amanat bermanfaat dr pimpinan JIM pusat.time tu dh 5 ptg lebih..so sgt penat.tp cukup tersentuh dgn pesanan mereka.antaranye...jgn sedih dgn amal/keje kecil yg dilakukan n jgn rase bangga mbuat keje yg besar.jgn tau cakap je..tp x buat..senanye bende2 ni biase dh dgr kat ane2..but it was very precious n menusuk dlm jiwa.byk lagi 'kerja' kite rupenye.insyaallah bukan bebanan,tp satu anugerah allah yg x ternilai.

maghrib tu sy dan mak sy bertolak dr usm transkrian..rase penat campur puas.tumpang makcik julie n anaknye.singgah di utp yg sgt canggih binaan masjidnye.sygnye xde jemaah.lps tu teros menuju ke rumah tercinta.alhamdulillah..slmt sampai jam 2 pagi.

Tuesday, November 27, 2007

PPN 07 Hari kedua

Kami bangun n bersiap seawal mungkin n terus ke dewan makan.tugas sy sebagai fasi bermula dgn rasminya.lps siap2 makan,sy,shakirin(dr kolej jaipetra),iffah,aisyah n dhabit segera ke pusat islam sebelah je dgn dewan utama perhimpunan.so kat situ nampak ramai budak2 remaja.ramai tu..laki lg ramai dr perempuan aritu.huhu.wpun blur2 lagi,kami dipasg2kan dgn fasi yg dh sedia ade.sy dgn diana,dr penang.pekat sungguh dialeknye..hehe.kami kene jaga check point.ade 8-9 checkpoints sumenye.

sy agak tekejut sbb tmpt checkpoint sy dkt roundabout betul2 dpn gate utama.ya allah..awal2 malu sgt rase.sbb byk kenderaan keluar masuk kat situ.yg naik kete,motor,lori,basikal....sumenye ade.sume yg lalu situ pun pandang pelik..pe pasal la 2 org bdk perempuan ni dok melepak kat roundabout..x penah dibuat org..^.^.tp kami bejaya betahan smpi ke akhir.

kat checkpoint kami,kitorg diberi satu pemainan..namenye puzzle.tp xtau cane nk describe.sejarah permainan ni..ia dibuat oleh org asli utk anak2 derang.yelah..org asli xde permainan mcm kite rase kat bandar.diorg xde entertainment.aktiviti biase juz panjat pokok.so bapa2 org asli ni pun cipta permainan puzzle td,utk uji IQ anak2 die.permainan ni sgt menarik..even kt2 ni mungkin x terfikr pun nk cipta permainan tu.sgt menarik.moral of the story,jgnla kite menilai seseorg tu dr luaran saje.kene kenal hati budi dulu..siapalah kite utk judge2 org sesuka hati.kene ingat tu.lagi2 seorg dai'e.jgnla judge org lain sesuke hati.sbbnye,mungkin kt kan bina gap/jurang yg besar antara kite dgn mad'u.

selesai sume,time lunch sy jumpe mak n kakak sy.derang baru tibe pagi tu.petang tu sy sambung balik jage gerai dgn kak has.hari ni jualan meningkat.ramai makcik2 dtg.smpaikan prog dh mule pun,ade yg masih kat gerai2..hehe..hari tu panas sket.so agak penat.byk gerai lain dh mule dibuka.sy, kak has n shakirin(yg jage gerai) terus stay smpi maghrib.nk dgr tazkirah perdana dr dr hishamuddin dari jim johor.

tazz maghrib tu mmg interesting.sgt menyentuh hati sy..memberi n membakar semangat utk tros berkecimpung dn bersabar dlm jln dakwah ni.presentation dr hishamuddin gune slide.sgt best.ni antara yg sy tulis dlm hp.sb xde note book.

'Jika aku kecundang dlm dakwah ini,aku mungkin akan menjadi beban kpd orang lain'

'Bersyukurlah jika kt masih dipelihara Allah dr cabaran dunia ini,namun berusahalah utk membantu mereka yg kecundang'

'Jgn perlekehkan amal2 yg kecil dan merasa bangga membuat kerja yg besar'

Moge2 ini menginsafkan kite sume...

PPN 07 Hari pertama

Pagi tu kami terlewat sket ke dewan.almaklum,mlm sebelumye kitorg beborak panjang.alhamdulillah..sy dpt byk input bergune hasil borak2 santai tu.

sepanjang ppn ni,sy ditugaskan utk menjadi fasi remaja.tp maybe becoz mlm sebelumnye x jdk meeting,so sy xtau pun yg hari tu aktiviti utk ank2 remaja dh pun mule.nk masuk dewan,xboleh coz sy xde tag.jdknye,secara x sengaja,sy teman kak has(dr kolej jaipetra) jage gerai tudung.under jim kelantan.alhamdulillah,terisik jugakla mase.tmbh2 plk,sy mmg sgt suke berniaga,(wpun maths entah ke mane ^.^)..

utk first day ni,program mule dgn PPWN dulu.wanita jim akan berhimpun dulu.ade ucapan dasar dr dr har n so on.unfortunately,sy xdpt masuk.huhu..so xdpt nk komen pape.luckily jkmedia ade publish cd utk tu.credit to them.

bisnes jage gerai bejalan lancar,tp x ramai sgt org dtg membeli.almaklum,x ramai lagi yg tibe.ppwn abes dlm kol 5 lebih petang tu.kami balik ke lembaran(hostel kami) n berehat.mlm tu ade sesi perkongsian raudathus sakinah,penerangan ttg baitul muslim.ade lagi..tp ingat2 lupe dh.barula sy tau,rupe2nye RS baru ade di 3 negeri kat mesia ni.tp bagusla senanye,sbb bukannye kt suke nk bukak byk2 RS tu.sbb bertmbahnye bilangan RS menunjukkan tahap gejala sosial kat mesia ni sgt kritikal.na'uzubillah.so RS setakat ni ade di selangor,p.pinang n kelantan.johor on the way.moge usaha mrk diredhai allah.n moge2 gadis2 n wanita2 mesia dpt kesedaran.emeeen...

yg nk sy ketengahkan kat cn ialah perkongsian dr RS kelantan,dr kak joy..die ade cerita sket pengalaman deal dgn pelatih kat RS.ade 1 pelatih tu dh terlanjur n akibatnye termengandung..laki tu pulak penagih dadah n tinggalkan die mcm tu je.budk perempuan tu kate lbh kurang camni(if slh,correct me k): "sy x boleh nk lupe laki tu.sy sayang die sgt.syurga di bwh tapak kaki lelaki tu.."punyela tekejut kak joy.ade jgk ye syurga kat bwh tapak kaki lelaki.tp after some time,hasil tarbiyah kat RS yg x pernah putus diberikan pd para pelatih RS n izin allah,that girl berubah n mule sedar.alhamdulillah..

syurga bwh tapak kaki ibu ye anak2..^.^

it was a very interesting sharing session...

end of day one

Monday, November 26, 2007

PPN 07 Sehari sblm hari pertama 22 nov 07

Hasil ajakan dr afrah n maya,alhamdulillah sy wat keputusan nk join PPN.rase sgt betuah ade kwn mcm derang.yg boleh menguatkan kite bile terlalai.sgt berterime kasih.may Allah bless both of u.So..dlm kol 9 pagi,mak maya amek sy.nak dijadikan cerita,mak maya drop kitorg kat stesen minyak petronas dkt ngan giant batu caves n tunggu afrah amek pulak.bertukar-tuka kete.huhu.then kami terus menuju ke stesen bas persiaran duta(klu x silap).dlm kol 10.15pg,smpi2 terus naik bus..coz kitrg tibe lewat sket.brochures utk diedar time ppn pun kitrg sumbat dlm bus.perjlnn ni bukan sy,maya n afrah je.tp afrah bwk gak 2 sepupu die n adek.alhmdllh ramai2 same2 menuju ke parit buntar.

Journey ni spttnye amek mase dlm 4 jam je nk tibe ke parit buntar.tp,berlaku satu insiden tanah runtuh..dkt mana..x ingat.teruk jugakla.jangka smpi kol 2ptg.tp stranded dlm jam.sgt2lah jam..sakit badan gak duduk lame dlm bas.huhu.moge tiap sakit n penat utk ke ppn dberkati allah.^ . ^kami ber-6 slmt tibe di parit buntar dlm jam 5ptg klu x slp.pastu kakak2 dr usm transkrian dtg amik kami dgn kete.thanks a lot to kak wan,kak sod n kak khairun.slh satu sbb nape da'ie kene ade transport.cam kete ke..hehehe

Smpi2 ke usm transkrian..agak seronok gak.sbb scenery die bes n cantik.boleh nmpk student2nye bwk basikal ke sane ke sini.jln kat situ x bhy mcm kat uia..jlnnye landai je.bes sgt.penginapan kat situ selesa.meeting mlm tu xde n kami juz berehat.zzzzzzzzzz....

Wednesday, November 21, 2007

dunia medan ujian

Pernah x korang lalui satu fasa dlm hidup, di mana nikmat yg korang kecapi ditarik.Sebenarnya,nikmat yg kt rase dan pegang ni Allah boleh tarik anytime,samada kt sedar atau x..

Byk nikmat dlm dunia ni yg Allah kasik utk kite n nikmat tu ditarik balik atas byk sebab.Antaranye sbb kt x bersyukur dgn pe yg kt de.Kt selalu wat mischief atas dunia ni..byk la sbb.klu nk tulis kat sini,mmg x tersebut.

But 1 faktor yg nk sy nk bincang kat cn is Allah tarik nikmat tu sbb Dia nk uji kite.waktu nila,kesabaran kite diuji dgn sgt hebat..iman kite diuji n sbginya.actually,bukan sume org dpt lps ujian camni.yelah..nikmat yg kt ade n kite rase sayg dgn nikmat ni..but then,He take it back sbb Dia nk uji kt.

Mcm sy,hujung tahun 2005 betul2 satu tahun yg upside down to me n to my family..n the next yr,2006..bertambah lagi ujian yg berat dr Allah..betul2 tahun air mata ni murah.

mase tu..Allah je la tmpt mengadu segala tension n sakit hati dlm hati ni n also some of my fren.x larat rase nk tanggung sorang2.
bile dh diuji macm tu,no wonder certain people lari dr umah as if die nk lari dr masalah.but then,actually everything comes from Him.Kt kene yakin pasti ade jalan penyelesaiannya.sbb ujian tu dtg dr Dia jugak.betol x..and of course ade hikmah behind the test.

ntahla..kdg2 tu,tpk jugak why He chose our family utk diuji..knape dan knape dan knape..tp soalan tu takkan terjawab.He wants us to face the problem..sabar dan redha.mmg!sungguh!itulah yg aku rase n lalui spnjg ujung tahun 2005 n 2006.which actually throughout my life..aku kene sbr+redha.Bile imbau2 balik time tu.kalaula aku x sabar n x redha dgn ujian ni,x tau nk jdk ape dh.thanks Allah 4 being there at all time..

aku tau ujian ni takkan habis Ya Allah.aku tau Kau pilih aku dan keluargaku utk diuji sbb Kau sygkan kami.Kau nk tgk sejauh mane kami bergantung pada Kau.sejauh mane kami cinta pdMu Ya Allah.moga Kau beri kesabaran dan ketabahan kpd aku utk harungi segala perit getir hidup ni.apatah lg ujian hidup sbgi seorg pejuang agamaMu..aminn..

Insiden blender

Slm..

Harini dah masuk 8 hari aku terperuk kat umah.langsung x ke mana2.Mukhayyam aritu aku x join.tambah2 nyusahkan org pulak.huhu.
sori yg teramat pd sume yg berusaha contact aku pagi tu,tny pasal blender yg aku dh janji nk bagi.
maslahnye,xau nape,aku sgt2 lupe nk inform derang yg i hv no blender at all.malangnye,atas faktor kelemahan diri ini,aku terlupe sgt nk bgtau.
maaf ku pinta dari sume...
kelmarin chatting ngan tim..die kate it's ok.dh lepas..waa..but still rase bersalah..huhu
anyway..actually x tau nk tulis ape dlm blog ni..
almaklum,baru berkecimpung..credit to maya..die la yg 'paksa' aku wat blog ni..haha
harap2 dpt jadi platform dkwah n so on....

Monday, November 12, 2007

slm pd sume

Assalamualaikum pd sume..

alhamdulillah,
akhirnye 1 penantian x berlagu dh terlunas..(refer 2 maya)

tanggal 12nov bersamaan dgn ari last exam ku,
wujud jugak satu blog yg moge2 bmanfaat pd diriku dan org yg dtg melawatnye
doakan diri ni istiqamah ye..!!
dlm keje2 dkwh trough every single thing dlm dunia ni..

p/s: x pandai sgt bab2 nulis ni.salu xde idea..hehe