Friday, June 29, 2012

He knows better

Bismillah.

Melihat ramai kawan2 dah mula bekerja, dlm apa2 bidang sekalipun, aku melihat semula diri sendiri. mula mengira2 kenapa aku masih belum mengorak langkah. mula memuhasabah mengapa.  adakah aku rugi skrg? berbalik pd sebab musabab, mmg byk sebabnya. antara yg boleh aku bongkarkan di sini:

* Keadaan di UIA. this is actually the main reason. kena bawa 2 usrah, berkenalan dgn akhawat2 baru dan sebagainya. agak baru..jadi aku rasa mcm sgt problem klu aku kerja masa ni. tapi subhanallah ..mungkin Allah ada perancangan terbaik. aku rasakan journey dari final sem aku sampailah saat ini, byk membantu aku improve diri. seriously. biarlah Allah tahu apa dia gerangannya. aku juga tak pasti samada sahabat2 aku perasan atau tak. aku cuma mampu ucapkan segala puji bgNya. 

mmg DIA lah yg telah byk memberi kekuatan utk terus tsabat, utk terus baiki diri, utk terus meyakinkan aku spya keep on learning from others . membantu aku membersihkan hati dr benda2 tak best dan sebagainya. 

jaulah ke bumi jakarta juga atra yg byk memberi kesan di jiwa. SANGAT. tiada perkataan dpt describe..

dan of course akhawat2 yg dicintai. tak perlu aku sebutkan nama. biar penduduk di langit yang menyebut-nyebut nama mereka.. pgorbanan korang, teguran korang, kebaikan & kelebihan korang, kelemahan korang,  pglmn korang dan mcm2 lagi...sungguh setiap dari mereka ini byk mjadikn aku begini..ukhuwwah semakin mekar. (klu type yg ni, berjela) jd stop jela..

byk juga aku belajar lebih kenal diri. refresh semula mcm2 benda. kdg jasad ada, tp semangat tkde. Allah..walaupun aku tak bekerja lagi masa ni mcm kawan2 lain, Kau beri aku peluang utk rasa semua ini. it's totally priceless! semoga aku lebih istiqamah dgn azam2..Kau bimbinglah niatku, tutur kataku & tindak tandukku..

* Keadaan keluarga. sentiasa byk ibrah.

* Rasa tak tahu mcm mana nk mix wif chinese & indian. espc chinese. kelakar je sebenarnya benda ni kan. why? aku tak pernah ada kawan china since sekolah. dari tadika smpi form 5 sekolah islam. alhamdulillah sebenarnya. ada satu masa lampau, aku salahkan sekolah islam yg menyebabkan kita tak iasa bercampur dgn mereka. pdahal sebenarnya bukan itu puncanya. memang bukan. sbb i've seen ramai senior2 dari sekolah2 islam ni yg boleh mix around yet masih izzah dgn islam. aku ada byk contoh terdekat dr famili sdri pun. tp itulah dia. mcm mana persepsi yg lama terbina itu membawa kpd ketakutan.. takde benda pn sebnenarnya.byk sgt fikir.

bersyukur dpt borak2 berisi smlm dgn NM sementara tunggu mkck yg tegar habis meeting..sungguh berkongsi & meluah rasa itu dpt membuka hati & mata, menambah yakin & lega. NM juga pernah menangis terkejut tak tahu mcm mana nk berdepan dgn chinese etc. di situlah kekuatan support system. akhawat yg sentiasa ada memberi nasihat & tunjuk ajar, usrah yg sentiasa menaikkn semangat. dan NM managed to go through semuanya. in fact sekarang di tmpt kerjanya, dia ada niat utk mendekati & men-df kawan2 non-muslim. kita doakan sama2 eh :-)


Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku. [Surah Thoha ayat 25-28]

yg pasti, aku takkan kata aku rugi sebab start kerja lewat. rugi mgkin dr segi masa sbb kt start a bit lewat. tp masa2 tu allah dh isi dgn journey yg lain yg takkan dpt ditukar ganti. :-) dan skrg, semoga Allah mudahkn job hunting ku.

Monday, June 25, 2012

Allahu!



 Ya Allah, Kau pimpinlah hati, peliharalah niat, pimpinlah tutur kata & tindak tanduknya..jauhkanlah Dr Morsi dari sebarang bahaya. jika tiba masanya meninggalkan dunia ini, Kau berilah dia syahid.



Bismillah. masih dlm mood tak percaya dgn kemenenagan di Mesir. wpun mmg dh agak tp bila betul2 berlaku, subhanallah. mula berangan-angan membayangkan Mesir yang baru, Mesir yg bebas dr cengkaman kuku besi, Mesir yg lebih aman, Mesir yg semoga manusai2 di dalamnya menjadi manusia yg lebih baik di sisi Allah. pemimpinnya Dr morsi huffaz alQuran?? subhanallah benarlah Allah itu Maha Berkuasa. terbayang khilafah islam... senyum panjangg :)

Sebak tengok gambar2 & video org sujud di tahrir dan di tepi jalan di Mesir. bumi Mesir, bukan calang2. keberkatan kerja2 yg telah dilakukan oleh Hasaan al-banna dan pewaris2nya hingga kini. pengorbanna & airmata mereka. no one knows kecuali Allah & mereka yg berada di jalan perjuangan itu. subhanallah banyak kali. terasa mcm nk terbang ke tahrir, sama2 merasai & menghayati hadiah kemenagan dr Allah..

Mula terbayang-bayang bagaimana agaknya keadaan bila pintu Rafah dibuka (doaaaaa byk2). bagaimana agaknya bila Mesir tidak lagi dikawal oleh tentera. bagaimana ..

Angan2 yang semuanya harap ia menjadi betul kan..but believe me. the road is still longg.. skrg dah ada 80% kemungkinan semua itu terealisasi. tp ada lagi bebrapa peratus yg kt perlu ambil perhatian.. tentunya ujian2 dlm bentuk prosesnya, tentangan2. musuh2 Islam pula takkan jemu merancang. apetah lagi nak buka pintu rafah. it's somethg yg sgt Zionis tak nak. mereka takkan berdiam.

Ya Allah..angan2 tadi mcm puff hilang sekejap. aku istighfar semula. tak salah meletak angan2. tapi letaklah angan2 itu dengan azam. dengan doa.terbayang pulak segala khilaf diri sdri. mampukah aku menjadi sebahagian drpd perjuangan ini. mampukah aku bertahan sehingga akhir?

Ya aku bukan citizen Mesir pun. tapi mesir bumi anbiya'. negara2 jirannya juga negeri anbiya'. palestine adakah ini petandanya dikau akan bebas dr cengkaman kuffar?? ameen ya robb. tak lupa kpd Syria, bumi berdarah... dan perjuanagn ikhwan di  bumi mesir itu sgt mengesankan. mengesankan kpd rakyat mesir itu juga. perjuangan mereka dirasai. mereka disanjungi, bukan sekadar dgn penampilan islamnya shj, tetapi lebih dari itu. akhlaq & bgmana mereka mbawa diri mereka di dlm masyarakat.

Aku & kita semua yg jauh di bumi malaysia ni, berpijaklah di bumi nyata, stiasa berazam & cuba utk baiki sikap akhlaq, tambah ilmu di dada..be it ilmu agama, fikrag.tetapi juga yg lain. update diri sdri dgn isu2 semasa, bukan semata k-pop, hiburan.

Allah cipta kita bukan saja2. bukan setakat belajar di univ, kerja makan dan tidur. tetapi jauhhhh lebih besar.. betul ke ni? susah nk lari dr kebiasaan..tp itulah pengorbanan yg para anbiya', para sahabat & sahabiyah, para pejuang dakwah dahulu lakukan..lalu aku?

"Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahasia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti." [HAB] 

p/s: tak tahu kenapa tenang melihat raut wajah Dr Morsi, dan isterinya :) inikah penangan huffaz Quran? :)