Allahu!



 Ya Allah, Kau pimpinlah hati, peliharalah niat, pimpinlah tutur kata & tindak tanduknya..jauhkanlah Dr Morsi dari sebarang bahaya. jika tiba masanya meninggalkan dunia ini, Kau berilah dia syahid.



Bismillah. masih dlm mood tak percaya dgn kemenenagan di Mesir. wpun mmg dh agak tp bila betul2 berlaku, subhanallah. mula berangan-angan membayangkan Mesir yang baru, Mesir yg bebas dr cengkaman kuku besi, Mesir yg lebih aman, Mesir yg semoga manusai2 di dalamnya menjadi manusia yg lebih baik di sisi Allah. pemimpinnya Dr morsi huffaz alQuran?? subhanallah benarlah Allah itu Maha Berkuasa. terbayang khilafah islam... senyum panjangg :)

Sebak tengok gambar2 & video org sujud di tahrir dan di tepi jalan di Mesir. bumi Mesir, bukan calang2. keberkatan kerja2 yg telah dilakukan oleh Hasaan al-banna dan pewaris2nya hingga kini. pengorbanna & airmata mereka. no one knows kecuali Allah & mereka yg berada di jalan perjuangan itu. subhanallah banyak kali. terasa mcm nk terbang ke tahrir, sama2 merasai & menghayati hadiah kemenagan dr Allah..

Mula terbayang-bayang bagaimana agaknya keadaan bila pintu Rafah dibuka (doaaaaa byk2). bagaimana agaknya bila Mesir tidak lagi dikawal oleh tentera. bagaimana ..

Angan2 yang semuanya harap ia menjadi betul kan..but believe me. the road is still longg.. skrg dah ada 80% kemungkinan semua itu terealisasi. tp ada lagi bebrapa peratus yg kt perlu ambil perhatian.. tentunya ujian2 dlm bentuk prosesnya, tentangan2. musuh2 Islam pula takkan jemu merancang. apetah lagi nak buka pintu rafah. it's somethg yg sgt Zionis tak nak. mereka takkan berdiam.

Ya Allah..angan2 tadi mcm puff hilang sekejap. aku istighfar semula. tak salah meletak angan2. tapi letaklah angan2 itu dengan azam. dengan doa.terbayang pulak segala khilaf diri sdri. mampukah aku menjadi sebahagian drpd perjuangan ini. mampukah aku bertahan sehingga akhir?

Ya aku bukan citizen Mesir pun. tapi mesir bumi anbiya'. negara2 jirannya juga negeri anbiya'. palestine adakah ini petandanya dikau akan bebas dr cengkaman kuffar?? ameen ya robb. tak lupa kpd Syria, bumi berdarah... dan perjuanagn ikhwan di  bumi mesir itu sgt mengesankan. mengesankan kpd rakyat mesir itu juga. perjuangan mereka dirasai. mereka disanjungi, bukan sekadar dgn penampilan islamnya shj, tetapi lebih dari itu. akhlaq & bgmana mereka mbawa diri mereka di dlm masyarakat.

Aku & kita semua yg jauh di bumi malaysia ni, berpijaklah di bumi nyata, stiasa berazam & cuba utk baiki sikap akhlaq, tambah ilmu di dada..be it ilmu agama, fikrag.tetapi juga yg lain. update diri sdri dgn isu2 semasa, bukan semata k-pop, hiburan.

Allah cipta kita bukan saja2. bukan setakat belajar di univ, kerja makan dan tidur. tetapi jauhhhh lebih besar.. betul ke ni? susah nk lari dr kebiasaan..tp itulah pengorbanan yg para anbiya', para sahabat & sahabiyah, para pejuang dakwah dahulu lakukan..lalu aku?

"Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahasia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti." [HAB] 

p/s: tak tahu kenapa tenang melihat raut wajah Dr Morsi, dan isterinya :) inikah penangan huffaz Quran? :)


Comments

Popular posts from this blog

apabila hidayah menyapa

terlalu besar pengorbanannya..

thank you Allah