Kisah hijrah


Rasanya ramai dh dengar kisah hijrah Malek Noor, yg satu masa dulu cukup famous dgn sukan angkat berat. benarlah hidayah tu milik Allah swt. sayu jugak bila baca kisah2 mcm ni. beruntunglah sbb Allah masih memilih mereka utk pulang ke jalan yg satu. kisah Malek Noor@Dato' Malek Noor ni satu kisah yg sgt bagus utk dijadikan pengajaran. bila mana manusia lalai dan leka dlm mencari & mengejar kekayaan dunia. duit, perempuan, pangkat dan sebagainya. pengakuan berani daripada malek noor ttg semua kisah silamnya. satu perkongsian yg sgt berani dan menginsafkan.

Pagi tadi ada siar dkt tv3, rancangan Hati Lelaki. walaupun dah berpuluh tahun tak menunaikan tanggungjawab sbgi seorg muslim, tak solat, tak puasa, makan dan minum benda2 haram, dan sebgainya. tapi ternyata Allah masih membuka peluang pdnya. kisah hijrahnya bermula lepas dengar azan satu petang. bukan dia tak pernah dgr azan, tp sudah takdir azan yg satu itulah yg membuatkan hatinya resah gelisah, menangis x henti2..dan akhirnya menapak sedikit demi sedikit kpd jln Allah. dan mmg penting utk sentiasa bergaul & berjumpa dgn org2 soleh, org2 yg boleh membantu kt menjadi seorg muslim yg lebih baik. supaya mata hati kt lebih dekat dgn Allah. boleh google lg pasal kisah hijrahnya.

Seperti kisah Umar Al-Khattab..walaupun sebelum dia memeluk islam, segala macam perbuatan jahat dah dibuatnya. tp selepas kalimah syahadah itu disebut, Umar adalah Umar yg baru dan suci. benar Islam tak memandang siapa individu itu utk melayakkan dia menjadi seorang Muslim.
Begitu juga dgn kita yg sudah sedia seorg islam sejak lahir..lahir sbgi muslim tak beerti kt sudah selamat. kerana itulah, slh satu mekanisme utk kt berhubung dgn Allah adalh melalui solat dan mcm2 lg amalan wajib dan sunat yg ada. taubat juga bukan sekadar di mulut. tp yg penting di hati. bertaubat ni mesti diiringi dgn mcm2 lg usaha susulan utk berubah dan berubah.

Bila rasa ada spark@ cetusan hati kata nk berubah, cepat2lah ambil peluang..Berdoalah supaya kita semua sentiasa mendapat hidayah Allah swt..

Comments

cikEff said…
kenapa hitam?
oh. betul. siapa yg ikhlas pasti balik!
Anonymous said…
lagi takut kalo dari baik jd jahat plak, nauzubillahi minzallik..
sofiyyah said…
tim: yep.kne usaha jugak tu nk capai ikhlas:)

maya: yep yg tu lg mengerikan.berdoa byk2 mintak dijauhkn.yg dh sedia islam pun x tentu lg..
Afra' Azam said…
oh

indahnya apabila insan itu menerima cahaya dan mengambil cahaya itu sepenuh~

:)
sofiyyah said…
huhu betul afra'..kt yg mendengar kisah derg ni nk senyum je..bertambah lg hamba Allah yg taat pdNya.sama2 kite doakan berbondong-bondong lg umat islam betul2 menghayati islam.ameen~

Popular posts from this blog

apabila hidayah menyapa

terlalu besar pengorbanannya..

thank you Allah