Why repetition?


Bismillah..
Tak ingat pernah dengar daripada siapa, tapi yg pasti dari radio. ini rasanya bukan ayat quran atau hadith, tapi kata2 hikmah yg wajar diambil manfaatnya :) Katanya: "berulang-ulang itu penting, dengar sekali mungkin sebab tak buat lagi. dengar utk kali ke-2 sbb tak sempurna lagi. dengar kali ke-3 sbb tak amalkan lagi"

Agaknya apa yg cuba disampaikn dr situ? klu kita fikir dgn logik, pokok takkan atau susah utk hidup klu kt cuma jirus sekali je air kat dia. ataupn hujan sekali, then musim kemarau. kalau nak menghafal al-quran, perlu diulang2 smpi melekat. klu dlm baba belajar, nota2 perlu dibelek & dihadam bbrp kali. dan dlm bab wudhu sekalipun, setiap cucian pd anggota badan kt tu perlu dicuci 3x. tentu ada hikmah dan sebab yg cantik tersedia utk org2 yang berfikir.

A003
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"

Dan kenapa pula Allah turunkan ayat ini? nampak tak kaitan antara kalam Allah ni dgn kata2 hikmah tadi. kenapa kt perlu pd repetition dlm hidup ni? bukan ke cukup kalau cakap sekali je. lepas tu pandai2 la nak buat apa. biasa kan fikiran2 mcm ni muncul kat kepala kt? terutamanya ketika orang lain menegur kesilapan/ kelemahan kt dlm sesuatu perkara. dari hal yg kecil smpilah ke besar. telinga kt selalu malas nk tahan dengar kata2 org lain ttg benda yg sama. lebih2 lagi dlm soal nasihat menasihati.

Logiknya, mmg agak malas nk dengar nasihat yg sama. apetah lagi klu penegurnya sama. tapi pernah tak kita fikirkan dari satu sudut yg lain,..dan cuba kt ketepikan ego dlm diri.. sebenarnya kt sgt perlukan pd nasihat, nasihat & nasihat. kt perlukan manusia lain yg boleh menegur & membantu kt koreksi sikap & kelemahan kt. betul tak sebenarnya jarang kt nmpk kelemahan kt, atau mengaku salah klu kt silap?

Percaya tak klu saya katakan bila iman kt lebih dari ego, dlm bentuk apa pun teguran itu dtg, dan siapapun yg menegur, kt bisa rasionalkan semula & terima dgn baik :)

..sukar..mmg sukar..selagi kt hidup atas keegoan, dan bukannya atas ketuhanan..

Egoistik, individualistik dan seangkatannya boleh kt rawat dgn merendahkan diri kt..cuba sujud & letak kepala kt ke tanah. di situlah tmpt kembali seorg manusia. manusia mmg special kerana diberi kelebihan berbanding makhluk Allah yg lain. tapi antara manusia dan manusia, percayalah.. semua sama saja, melainkan taqwa, yg mana Allah sahaja tahu..

Berpesan-pesan dgn kebenaran tentunya bukan sekali sahaja. tak mudah ukt kt tinggalkn sikap mazmumah/ habit yg kurang elok dlm diri. cuba bayangkan juga klu kt menasihati/menegur adik kt cthnya, tentu nak pesan berkali-kali ^-^

Jadi terimalah bhw nasihat yg sama mgkin dtg berkali-kali. peringtan dari allah juga akn dtg berkali-kali. termasuklah peluang utk bertaubat juga allah buka berkali-kali..cuma kadang2 kt yang tidak perasan, melengah-lengahkan taubat..

Saya juga sama seperti kamu, sdg bermujahadah..wlpun ada masanya kecundang, itulah mujahadah. antara kt dan Allah :) Sama2 kt cuba turunkan ego masing2, belajar dari semua hidupan yg wujud dlm dunia ni. insyaAllah saya doakan kt semua ditunjukkan jalan yg lurus, sentiasa disinari hidayah & taufiq dari Allah.

* setiap hari kt dudk depan cermin, ambil peluang utk 'tengok' diri sendiri..dan istighfar..



21 Julai 2011 - 20 Syaa'ban 1432H

Comments

Popular posts from this blog

of exercise..

of exercise..

rehlah kami..