Posts

bahagia

Image
satu masa dulu, aku antara orang yg membayangkan perkahwinan ni mcm fairy tail. semua ttg perkahwinan sweet.manis mcm gula. best dapat anak ramai dan sebagianya. semuanya tu aku bygkn mcm fairy tail habis. klu dulu, aku tak pernah rasa bersalah or segan nak tanya org bila nak kawennn. bila nak ada anakkk.. haha. klu fikir balik, mcm tak percaya i was once tht kind of person.  alhamdulillah, allah maha hebat dan maha tahu.ujian yg diberikan pd kami sekeluarga benar2 membuka mata, menyedarkan aku. perkahwinan tu tak delah sweet mcm karamel je hari2. tapi penuh dgn ujian. penuh cabaran. espcially cabaran utk bina komunikasi yg telus. dan apa yg aku belajar, kemanisan tu diperolehi lps psgn tu melalu semua ujian2 yg ada. betapa kanak2nya persepsi aku dulu. before 2005 begitulah..agaknya pengaruh winter sonata haha.. dan byk aku bljr matang around isu kahwin & anak2 ni bila berpeluang jaga anak2 saudara aku. mmg betul2 bg aku pengalaman direct yg tak ternilai. pengalaman me...

suatu kematian 12-06-2016

Image
yg paling jauh adalah masa yg dh meninggalkan kita dan kenangan lalu akan kekal menjadi memori  smpi saat ini, aku masih cuba menerima realiti insyaallah, aku redha. cuma masih terkejut mungkin kerana aku baru shja duduk sembang dgnnya 4 hari sblm dia pergi masih sempat semabang dan makan bersama di dapur rumahnya baju raya kami adik beradik masih ada yg sedang dijahit belum siap..masih bersidai di kerusi dekat mesin jahit allahu ya allah, nenek ini sgt istimewa di hati kami ampunkanlah dosa2nya, terimalah segala amal dan kebaikannya kpd kami semua dan org2 di sekelilingnya luaskanlah kuburnya, tempatkanlah dia bersama para solihin.. selamat jalan nenekku.. pemergianmu sgt dirasai. jasamu & pengorbananmu yg sgt banyak takkan kami lupakan senyumanmu, gelak tawamu kini hanya tinggal memori nenekku, tiada gantinya ramadhan & raya tanpamu.. suatu kehilangan yg besar buat kami. al-faatihah 1939-2016

love from allah

sejak 3 tahun lepas aku selalu follow satu blogger. dan kami friend di Fb. kawan di alam maya. seorang perempuan. student uia kuantan. menghidapi sakit kronik. sangat positif dan sangka baik dgn allah. sangat kuat. blognya sgt informatif. dan dia pun selalu memberi semangat pd bloggers yg lain yg menghidapi penyakit AIDS dan sebagainya. aku baca bangun naik dia mcm mana dia bertarung dgn penyakitnya. smpi satu masa, aku tgk dia berkahwin. alhamdulillah tapi dia ada masalah besar utk dapat anak. disebabkan sakit kronik yg ditanggung. but she never give up. dan dia sentiasa choose utk +ve. dan hari ini, slps lama aku tak jenguk Fb nya, rupanya dia dah mengandung next month dah masuk 8 bulan. subhanallah maha suci allah aku menangis utk insan yg tak pernah aku jumpa allahu akbar. tahniah wahai pejuang tegar. semoga allah selamatkan semuanya. semoga sentiasa mendapat kekuatan luar biasa jujur aku gembira :')

towards a better me

bismilllah bersabarlah dalam melakukan amal kebajikan. banyak kita boleh jumpa ayat2 ini dlm al-quran. byk kali allah pesan. dan maksud amal kebajikan itu amatlah luas. perlu diingat bukan sekadar dalam hal dakwah. dlm hal dakwah mmg konfem tetapi juga dlm beramal kpd kaum keluarga, sanak saudara. bersabarlah. ikhlaskan hati. ur heart will feel content. u will feel it right after only if u set ur aim right. redha allah. dan rupanya baru aku pesan2 dlm usrah dgn adik2 kelmarin. alhamdulillah please remind me :)

maghrib di airport jakarta

bismillah bila waktu maghrib hmpir masuk di airport jakarta, kami bergegas ke surau airport. agak kecil saiznya. dan suraunya campur lelaki perempuan. tapi bilangan manusia yg masuk makin ramai. surau semain penuh. berbondong laju masuk ke surau. abang cleaner yg sebelum azan td sibuk mengemop lantai di area wudhu dgn segeranya ke barisan hadapan dan melaungkan azan maghrib. kemudian terus seorang lelaki lain yg juga mengembara seperti kami mengimamkan solat. dibacanya surah2 dgn jelas.  selesai kami berjemaah, terus dtg seorang lelaki lain megimamkan solat utk jemaah yg baru dtg. spirit yg sama seperti imam yg pertama.  dan begitulah utk jemaah seterusnya. betapa ramainya manusia lain yg menunggu di luar surau itu utk menunaikan tanggungjawab kpd Mu ya Allah. semua ada. org yg bermusafir, pramugari-pramugari, cleaner, pak guard, anak2 remaja & kecil allah.. berkatilah manusia2 yg tetap tsabat dan tabah menunaikan suruhanMu di m...

tanah airku.

Semalam ada uncle tolong bukakan penutup tong sampah utk aku buang sampah. masa tu dua2 tangan aku penuh dengan barang. Uncle ni selalu tegur aku, senyum semanisnya. tanya sudah sarapan? bila dia tgh cuci lantai, dia bagtahu pd saya ni saya tgh cuci najis anjing. jalan elok2 dan make sure hati2 sbb licin. Lagi seorang aunty dari kedai lain juga selalu tnya nak balik dahh?? bila kami berjumpa di bawah. nah. tiada boundaries dan halangan untuk kita berbuat baik pd semua org, utk kita senyum, utk kt sebarkan kebaikan pd sesiapa pun. tak semestinya sama agama, tak semestinya sama bangsa, tak semestinya sama warna kulit, tak semestinya sama labuh tudung dan sebagainya.  ini semua perkara2 kecil yang sgt penting dlm memupuk perpaduan negara malaysia. menajga hubungan baik sesama manusia.  aku berazam utk terus pupuk dan bina hubungan baik ini biar kita mekarkan. kalau nervous, senyum je dulu memang kadang2 tak dibalasnya tak mengapa, esok cuba lagi, cuba lag...
Image
wahai allah,  peliharalah ukhuwwah yg telah terbina. semoga kami saling tak lupa  utk mengirim doa biarlah ruh juang kami terus hidup di mana sahaja kami menghirup udaraMu .