Tuesday, December 9, 2014

maghrib di airport jakarta

bismillah

bila waktu maghrib hmpir masuk di airport jakarta, kami bergegas ke surau airport. agak kecil saiznya. dan suraunya campur lelaki perempuan. tapi bilangan manusia yg masuk makin ramai. surau semain penuh. berbondong laju masuk ke surau.

abang cleaner yg sebelum azan td sibuk mengemop lantai di area wudhu dgn segeranya ke barisan hadapan dan melaungkan azan maghrib. kemudian terus seorang lelaki lain yg juga mengembara seperti kami mengimamkan solat. dibacanya surah2 dgn jelas. 

selesai kami berjemaah, terus dtg seorang lelaki lain megimamkan solat utk jemaah yg baru dtg. spirit yg sama seperti imam yg pertama. 

dan begitulah utk jemaah seterusnya.

betapa ramainya manusia lain yg menunggu di luar surau itu utk menunaikan tanggungjawab kpd Mu ya Allah.

semua ada.
org yg bermusafir,
pramugari-pramugari,
cleaner,
pak guard,
anak2 remaja & kecil

allah..
berkatilah manusia2 yg tetap tsabat dan tabah
menunaikan suruhanMu
di mana saja mereka berada

kau berikanlah hidayah kpd kami.
kau berikanlah hidayah kpd kakak2 pramugari yg masih terbuka auratnya, tapi berusaha menjaga solat mereka. bimbinglah hati mereka utk terus-menerus berubah menujuMu ya allah.
ampunkanlah dosa2 kami semua

***

senyummm panjang.
islam itu mmg sentiasa hidup di mana2.
ada kita atau tiada kita.



No comments: