emo.

bismillah. me being me. seperti biasa mata susah nak lelap lagi. tapi aku gembira. jadi rasa nak menulis. mungkin ini benda yg penting utk malam ini utk aku coretkan di sini. kata sahabat baikku, ini slh satu cara utk mudah tidur. so let's try  :)

jika niat awal kita utk buat sesuatu adlh baik, insyaallah Allah akan buka jalan seluasnya walaupun tetap ada cabaran dan halangan di tengahnya. hati jadi tak takut wakaupun gugup di pandangan mata manusia. allah itu sentiasa memudahkan. dan yg paling penting, sentiasa memberi semangat dari dlm. 

bagi aku, apa yg berlaku dlm 2 minggu lebih ini bukan mudah. tak aku jangka ada sambutan yg baik dr family. melebihi jangkaan awal aku. aku umpamakan cthnya awal2 kita bajet dapat rm200. tapi akhirnya dapat 4x ganda. walau gugup nak mula, tp gembira di akhirnya. alhamdulillah ..

kerana yg menggerakkan hati itu adalah Allah swt. tiada yg lainnya. 

wahai allah yg sentiasa mengawasi,

semoga kau terima ia sebagai amalan kami, ampunkan dosa2 kami, pelihara keluarga kami dr azab api neraka dan bahaya di dunia. 


“We make a living by what we get. We make a life by what we give.” 
― Winston Churchill --

Comments

Popular posts from this blog

of exercise..

of exercise..

rehlah kami..