ukhti

bismilllah.

alhamdulillah tsumma alhamdulillah banyak kenalan yg melangsungkan perkahwinan minggu ini terutamanya hari ni. berderet. 

agak sedih sbb pernikahan yg paling aku tunggu hari ini tak dapat aku hadiri. apapun, barakallahulakuma wa jama'naakum fi khair buat ex roomate bilik 816 mahallah khadeejah matrik pj i.e kak aishah fauzi@kak ecah. 

we have been through a lot together. di fasa2 muda belia baru habis SPM, banyak pengalaman dan perkara baru yg kita lalui bersama. kenangan dlm FRC antaranya yg banyak memberi kesan. mcm mana kita cuba fahami gerakan dakwah dan tarbiyah di situ. aku yg masih suam2 kuku nak faham perakara2 sebegini. kita lalui bersama. juga kenangan dlm society law. 

aku tak perasan bila masanya kita satu bilik mula jadi rapat. rasanya tak ambil masa yang lama pun. 

banyak masalah dan isu yg kita bincangkan. pendapat aku, pendapat kau. kita raikan. aku masih ingat bila kita sebilik berjaga malam mcm detektif sebab nak tangkap siapa yg selalu kacau dan buat panggilan telefon dan cakap bukan2 :) dan kita sebilik take turn amek upah jaga gym di mahallah khadeejah dan bersenam bersama-sama. dan mcm mana kita menangis dan risau bersama masa teman sebilik merangkap teman satu sekolah aku jatuh sakit dan terpaksa ambil study leave..menunggu, menangis dan sama2 bacakan ayat2 quran kepadanya semasa di hospital. dr kata kritikal tapi alhamdulillah allah takdirkan dia bangun dari koma..subhanallah!

aku masih ingat juga semasa matrik uia pj itu dikejutkan dengan mcm2 kes gangguan makhluk halus. hampir setiap malam ada student yg diganggu dsbginya. dan kau sbgi seorang yg terdedah dan ada belajar ilmu ruqyah, selalu ke sana sini utk mebantu. aku juga pernah ikuti salah satu proses ini utk cuba bantu. subhanallah banyak pglmn manis kalau nk disebut.

terlalu banyak jika nak ditulis di sini. selalu org kata dia orgnya happy takde masalah. tapi dia juga selalu diuji dgn bermacam dugaan. namun aku lihat dia konsisten dengan amal2 fardhinya. i know she is strong from within.

memang kau bukan sempurna. of course takde siapa yg sempurna, tapi dlm ketidaksempurnaan ini, banyak aku lihat dan aku rasa perkara-perkara yg baik dr empunya badan kak ecah terutamanya dlm 3 tahun pertama kita kenal. dan aku berterima kasih kpd allah atas perkenalan ini. 

dear kak ecah, 

selamat melangkah ke alam baru, naik tangga kedua baitul muslim. binalah baitul dakwah yg diredhai allah dan semoga terus dikurniakan rezeki yg melimpah ruah. seseungguhnya allah telah rancang semuanya dengan cantik. 

semoga kak ecah kuat dan sabar berdepan dengan mehnah dan ujian di masa hadapan. semoga terus tsabat di jalan dkwh yg telah kau pilih ini, terus diberi kefahaman fikrah yg jelas dan keazaman yg kuat insyaallah. semoga persahabatan kita allah redhai dan berkekalan sehingga syurga :')

buat akh dhany, merangkap si suami, selamat mengetuai bahtera perkahwinan dan membimbing kak ecah dengan penuh taqwa dan sabar sehinnga ke jannah insyaallah. semoga makin melaju dlm dakwah dan tarbiyah and support each other. Good luck and all the best :) 

lots of love,
uhibbuki fillah my dearest kak aishah fauzi.
stay strong and beautiful 

:)



Comments

Popular posts from this blog

apabila hidayah menyapa

terlalu besar pengorbanannya..

thank you Allah