nametag: AYAH





Gambar ini semasa aku di kuantan, melawat kawan yg baru kematian ibu. tak tahu kenapa gambar ini selalu buat aku rasa teringat pd satu susuk tubuh yg bernama ayah. usangnya bot ini, luasnya pemandangan laut dan kelabunya air laut..mcm satu simbol seorang ayah. penat lelah dia, beban yg ditanggung dan lain2. 

ayah seorang lelaki, pemimpin,selalu tenang, kadang misteri, tukang cerita dan tukang bg teka teki etc. setiap ayah itu ada specialnya. ada trait msg2. walaupun kdg kita rasa ayah kita lain dr ayah org lain, dia tetap satu kebanggaan seorang anak. nama ayah itu tetap disebut dlm doa. kita akan tetap nakkan yg terbaik dan berharap benda yg baik2 saja berlaku pd ayah kita. kita tetap nak berjumpa dgn ayah kita di syurga..bersama ahli keluarga yg lain.

salah silap dia, buruk baik dia, ayah itu tetap ayah. ayah itu tetap kebanggaan aku,kita. 

belajar dan teruslah belajar.

sejak 2005, aku banyak belajar ttg hidup in a bigger picture. ttg percaya. ttg arah tuju hidup. most importantly ttg insan yg bernama ayah dan keluarga.

allah pilih. maka, laa tahzan. dengan syarat, belajar. aku berfikir begitu utk pastikan aku terus berpijak di bumi nyata dalam waras akal manusia. 

alhamdulillah..allah itu maha pengasih maha penyayang.

memang  apa yg berlaku tak pernah sia-sia walaupun kita jatuh terduduk sekalipun. dia cuma mahu kita lebih dekat pdNya, rasa kasih sayangNya yg lembut dan tak terkata manisnya walau hidup kita dalam badai. tunduklah kepada allah. kembalilah kpd allah. 

terutamanya aku.

happy father's day, 
hari-hari hari ayah.

:)
**********
“Kasih sayang yang sangat indah adalah kasih sayang seorang ibu dan perjuangan yang sangat istimewa adalah perjuangan dan pengorbanan seorang ayah demi menghidupi keluarganya.”

“Muliakanlah ibu dan ayahmu dengan sepenuh hati, maka para penghuni bumi dan langit akan memuliakanmu dan menjaga mu dari setiap ayunan langkah kakimu"

Comments

Popular posts from this blog

of exercise..

of exercise..

rehlah kami..