ini bukan gosip artis semata-mata..
Pening betul sbb sptutnye isu2 berpelukan(even dgn kawan biasa), lifestyle bebas, pegi disko dll adlh pelik jika ia dilakukan oleh seorg muslim. tp skrg dh jd isu biasa. dh terbiasa. sy fikir isu kali ni agak heboh sbb ramai org berpeluang mmbaca sndiri & lihat sdri point of view artis tersebut. sekaligus tahu ttg lifestyle mereka mcmmane.
so cari punya cari, rupa2nya makcik ros sudhpun membincangkn isu ni. bukak utusan online, dpt jumpa. ini bukanlah gosip artis semata-mata. sy harap semua dpt membuka mata dan fikiran seluas-luasnye bile membaca sesi temuramah pihak utusan dgn Nabil yg juga dikenali sbgi raja lawak.
Teliti setiap butiran yg disebut oleh Nabil berkenaan isu dia memeluk Irma. sy sendiri sgt terkejut dgn statement die. sbgi artis yg selalu dicanang sbgi idola masyarakat.. nah!! layak ke? Lihatlah kejahilan manusia yg semakin melampau-lampau di akhir zaman ni. dan jgn lupa utk turut sama berfikir apa peranan atau ape yg boleh kt lakukan utk menolong ramai lagi individu selain Nabil yg turut sama mempunyai pandangn yg serupa sperti Nabil.
Adakah cinta pd seseorang membenarkn ape yg Allah kate sbgi MAKSIAT?
Adakah cinta itu segala-galanya sehinggakn maruah agama dicampak ke tepi?
kt semua ada mata dan hati, bijak utk menilai baik buruk sesuatu benda itu. Fikir2kan..
Ikuti sesi temuramah bersama Nabil:
Apa komen Nabil bila orang mengkritik perbuatan Nabil memeluk Irma?
Saya dah agak akan menjadi isu. Saya sendiri tak sangka perkara ini boleh berlaku. Seingat saya memang saya terperanjat sangat dengan kemenangan tersebut. Perkara tersebut berlaku secara spontan dan memang tidak dirancang. Tapi tidak menyesal dengan perbuatan itu.
Takkan tak rasa menyesal sedikit pun?
Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena.
Saya tak kisah apa orang nak cakap. Lagipun saya dah tahu mesti ada orang yang akan cakap perkara ini selepas ini. Jadi sebelum orang lain cakap-cakap belakang baik saya cakap dulu. Tapi bukan niat saya nak tunjuk kepada orang lain kemesraan kami.
Adakah Nabil akan minta maaf kerana telah mencemarkan nama seorang artis Melayu dan Islam?
Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja. Kalau peluk lelaki dengan lelaki orang akan cakap benda yang sama juga.
Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?
Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya. Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.
Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula. Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.
Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?
Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain. Jadi mungkin tidak timbul isu seperti yang dinyatakan.
Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?
Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.
Bila lagi nak kahwin?
Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu.
Adakah keluarga menerima pilihan Nabil?
Keluarga saya tak kisah dengan siapa juga pilihan saya. Mereka tak ada masalah. Memang mereka ada cakap umur macam saya ni dah boleh kahwin. Tapi duit masih tak cukuplah. Biar saya kumpul duit banyak-banyak sebelum kahwin ni.
ape nak jadi...kt kene back to basic: Al-Quran & Sunnah!!
Comments
entah la..
dunia akhir zaman.
dah terang2 dosa tp masih hendak menafikan.
Dah tak tau nk bezakan mana yg baik dan buruk.
aduuh..
"mencabut rasa dosa dari hat apbl mlakukan maksiat adlh dosa yg lebih besar"
ni kata2 imam syafie kot,..x sure..
salaam kenal dr bumi anbiya' :)
~alhuda~: slm kenal ^^