There is always a first time

Saja nak abadikan dlm blog ni spy aku tak lupa pengalaman pertama aku sbgi pemandu grabcar. alhamdulillah hari jumaat 29/12/2017 aku keluar menjemput rezeki dgn grabcar. nk dijadikan cerita, aku bulatkan hati utk mula juga buat grab hari ni. org arab kata, laaa budda. huhu. sblm keluar n dlm kereta, mcm2 aku doa dlm hati nk bg tenang n azam. aku doa juga ; faizaa 'azamta fatawakkal 'alalllah. jujurnya nervous aku lain mcm. bukan apa..bg aku, aku n kereta yg aku bawa adlh very personal. bg aku, kereta ni ruang peribadi. tmpt aku layan rasa, muhasabah diri, sedih, ulang hafazan aku, nyanyi sorang2, makan n mcm2 lg. haha. pendek kata, tmpt private aku. walaupun aku mmg suka drive dan aku suka dgn idea grab ni,tapi tiba2 pg td aku rasa betul ke aku nak buat grab ni. mcm rasa pelik sgt nak bg strangers masuk kereta kt. 

kesannya, 3x aku tolak job yg masuk. spttnya x elok sbb akan efek rating. tp sbb nervous pny hal.. sblm nk tekan butang on (utk terima job) tu pun, nk dekat 45 min aku pusing area greenwood. huhu. tp aku bulatkan blk hati, doa lg sungguh2, aku spesifically minta allah kosongkan kepala aku, jgn fikir byk sgt. alhamdulillah aku terima job first. 

job first aku destination dia dekat. TAR university. so aku lega sikit. plus passenger aku ni nama dia lili wong. perempuan/ dia masuk n duduk sebelah aku. utk legakan nervous aku, aku terus terang je.aku tny u biasa ambil grab ke? dia kata ya. then aku kata ni first day i bw grab. dia kata oh it's ok. alhamdulillah smooth je lps tu. walaupun agak kelam kabut sikit sbb aku tak biasa lg guna app driver. byk jgkla aku sembang dgn dia ps; dia study di TAR tu. aku make sure aku tak sembang spjg jalan..karang muak pulak passenger. tp dia jgk ada tny2 aku. tu yg jd sembang lama. very nice lady, masa aku drop dia, aku ringankan mulut n ucap good luck study.

then aku terus accept second job. kali ni destinasi di pj. tmpt pick up tak brp jauh sgt dr TAR td. kali ni masyaallah..passenger aku seorang uncle buta..sembang pny sembang, aku tahu yg uncle ni kerjanya mengurut org. setiap kali ada job, dia sdri akan naik grab utk ke rumah client dia huhu. yg call kan grab & byrkn adlh client dia sdri. dia kata ada je kdg client terlupa lah. lambatlah smpi dia kena tunngu sejam..tipu lah..mcm2 kan. kerja cari rezeki. dgn keadaan dia yg lgsg tak dpt melihat. dunia yg gelap..dlm hati rasa kecil kejap n rse kne suntik semangat. aku kata kat uncle, beraninya uncle pergi n blk sorg2. uncle gelak je. dia kata dia kerja mengurut ni jmp mcm2 jenis client yg kdg menyebabkan masa n duit dia rugi. tp alhamdulillah, yg penting, uncle selamat.

next aku topup dlm rm20 lg sbb credit balance aku tinngal rm13 je..aku start job dgn rm20 dlm account. tp bila dh less than rm15, aku dh tak bolh terima job. grab akan amek sikit untung dr setiap job tu, based on destination. aku balik ke area gombak. dpt job ketiga. dkt area surau dkt2 dgn M3 Mall. mkck & 2 org anak. lega sbb perempuan. hehe. i guess normal la kot lega kan. dia nak ke kg changkat. mkck ni kata first time jmp driver perempuan. mgkn sbb isu safety jg kan..btw mkck ni siap bg extra rm1. puas aku tolak. tp dia kata xpe saja nk bg. terima kasih mkck..masa tu perasaan aku mcm dt rm10 haha. terharu habis. moga rezeki mkck dimurahkan sbb buat baik dgn aku..

masuk fourth job. dekat2 area tmn berjaya. student sekolah (tak ingat nama apa) yg pakai baju sekolah. aku tny hr ni sekolah ke dik. dia kata tak..harini ambil buku. dia nak ke pustaka rakyat sbb ada kena cari buku dkt situ. jalan agak jam masa ni. peak hour plus ada accident kat simpang greenwood. kali ni aku tak sembang sgt sbb aku tgk budak tu mcm x nak sembang haha. instinct je. kt pun x naklah passsenger kt annoyed plk kan..alhamduliilah aku selamat hntr budak ni. good luck dik.

oh ya masa aku tgh hntr budak ni, masuk job kelima. aku accept je. alhamdulillah aku kne ambil dia dkt giant batu caves je. destinasi dia pun area batu caves jgk so dekatlah. kali ni kakak. lega lg. hehe. dia baru shopping kat giant. sembang2 dgn dia, klu ikut pglmn dia, biasanya klu hari jumaat, biasanya jarang ada driver lelaki. setel job.

sixth job. aku kena ambil passenger yg bernama faiz dkt area mrr2. aku ready2 jelah. kali ni kena bawak passenger laki. smpilah aku dkt dpn kuil batu caves yg ada patung warna emas yg besar tu. to my suprise passenger aku foreigners 3 org. sorg laki, 2 perempuan. serius tak bajet nak dpt passenger foreigner. kne ckp omputih la ni haha. sorg tu terkejut aku perempuan sbb biasanya kat negara dia, yg bw taxi semua lelaki. biasala tu kan..siap suro aku selfie sekali ramai2 dlm kete. tp sbb aku tgh bw kete so aku x sure samada depa betul2 snap gmbr aku sekali ke tak. hrpnye taklah haha. btw diorang ni dari negara fiji. diorg suka sgt malaysia. nice country, nice food etc. to my suprise lg, aku fasih bersembang dlm bahasa omputih. aku x expect jgk sbnrnya sbb dh agak lama x mingle dgn org speaking2. sdkt sbyk confidence tu terganggu. aku dh mcm tourist guide dh dlm kete tu. alhamdulillah sbnnrya semuanya allah yg permudahkan.diorg ni kepenatan sbnrnya sbb baru mendaki tangga batu caves haha..btw destination depa ni berjaya times square. selamat alhamdulillah. aku ucap have a nice stay in malaysia sblm depa turun.

7th job aku ambil. destination di KLIA2. aku tgk minyak, cukup. masa ni sbnrnya badan aku dh agak penat. tak berhenti dr td. dan aku belum makan apa2 dr pagi. ada je bw nasi goreng tp aku tak mkn sblm gerak sbb tak nak kete berbau. silap percaturan. anyway, aku ikut alamat yg passenger bagi dkt jln h.s tun lee. dh smpi tu passenger msg aku ikut jln slh. depa dkt jalan sultan. huhu. pulak. aku cuma follow direction google maps.dh la jam nak ke h.s lee tu. actually jln sultan tu x brp jauh dr jln sultan. tp kne pusing blk. lalu blk jam. aku search blk nama tmpt tu, rupanya ada dua tmpt nama depan dia sama. tp tmpt lain..pendek cerita, aku jumpa tmpt tu. aku msg kata dh smpi. tp bayang org tak muncul..akhirnya aku terpaksa cancel job tu atas reason passenger dont show up. yg jg mybbkn topup credit balance aku hbs dlm rm16..sedih. bru aku fhm klu driver yg cancel job atas whatever reason (sbb kt sdri/passenger x muncul), grab still ambil bahagian depa. ni berdasarkan apa aku tgk td la. klu tak mcm mana credit balance aku dipotong dlm rm16.. minyak pn rugi sikit. duit dr customer jg xdpt. takpelah kan rezeki tu ta tercatat utk aku. alhamdulillah 'ala kulli haal, cumanya ikut rekod insentif, mmdgkn hrni ada bonus utk driver yg hntr ke KLIA, aku dikira dh complete ride tu. mgkn sbb reason aku cancel job tu adlh sbb passenger tak show up..nnt aku check semula samada next week betul ke rm7 tu akan masuk.

done for today. what a day! 

kesimpulan/pengajaran aku dpt hari ni:
-rezeki semua milik dan dari allah. kita usahakan je
-jgn takut, jgn malu, jgn sedih, jgn rendah diri. ada org lg susah dr kita. buat je. kau tgh cari rezeki halal ni 
-makan dulu sblm keluar
-bawa bekal air kosong
-siap2 isi minyak n touch n go
-ada duit change
-kena bawa power bank
-bw calculator? haha

wallahuallam. semoga hari2 mendatang jauh lbh baik, indah dan selamat sejahtera 💝


Comments

Popular posts from this blog

apabila hidayah menyapa

terlalu besar pengorbanannya..

thank you Allah