Friday, July 21, 2017

demo palestin 21/7/2017

Setelah lama tak keluar berdemo, hari ini allah izinkan aku keluar ke jalan bersama-sama yg lain. demo kali ni bukan demo politik. jadi aku rasa selamat dan selesa utk gerak seorang. dah lama juga tak gunakan LRT. demo kali ni berkenaan Palestin. puak zionis ni mmg takkan berhenti merancang dan mengganggu..perlu ada usaha yg berterusan agar isu keganasan zionis selama lebih 70 tahun ni terus tersebar luas pd masyarakat. org malaysia sendiri & dunia. biar semua org cakna

aku ingat lagi fasa awal isu palestin ni nak disebarluaskan. mmg susah. susah nak bg org rasa isu palestin ni isu kita bersama. mmg aku sgt respek pd org2 yg konsisten berjuang ni. siang malam. dari susah, alienated, rejected dan sebagainya. smpilah skrg. kt boleh lihat isu palestin makin subur di klgn msyrkt kt. apetah lg dunia. makin mudah nak minta sumbangan bantuan,tajaan dll. 

skrg ni..isu syria, yemen dll pula yg berada di fasa awal..struggle. semoga allah bg kekuatan buat kt semua.kena doa..

so ada apa dengan demo? kenapa aku turun demo. basically aku turun demo sebab aku percaya dan yakin demo adalah slh satu cara utk tunjukkan solidariti kita terhadap isu palestin atau apa jua isu yg kita bawa. kita nak tunjuk ada yg menyokong rakyat palestin. they are not alone. dan kita nk tekan puak zionis , US dan sekutunya supaya back off. supaya jaga2. jgn buat sesuka hati. people around the world are watching. dan pastinya nak mengajak kerajaan khususnya, dan semua rakyat malaysia utk cakna isu palestin, syria, rohingya dan semua isu2 kemanusiaan yg ada. kan bagus kita semua bersatu tanpa beza politik, beza bangsa dan agama..isu kemanusiaan isu semua. kalau ini terjadi pd non muslim, kita juangkan juga.

jadi kalau ada lg lepas ni dan kt berkesempatan utk turun, turunlah. aku pun alhamdulillah ada ruang nak join tadi. yg penting kita tahu apa tujuan demo tu, tentang apa etc. have a nice weekend :)

No comments: