T__T dan ^__^




Buat sahabat seperjuangan, 
khasnya Yusra & ahli bulatan gembira yg dah tiada
selamat jalan diucapkan
selamat mengharungi hari-hari seterusnya dengan penuh tabah
selamat mendepani segala mehnah alam baru dgn iman,taqwa
redha dan sabar yg tinggi
kematangan & rendah diri
You are never alone.

Hakikat hidup ini
pasti ada perpisahan
walau pahit dirasakan
tetapi tiada yg lebih gembira
jika benar kita bertemu & berpisah kerana Allah
semoga kita semua termasuk dlm 7 golongan 
mendapat naungan & lindungan Allah di padang mahsyar kelak

Dan semasa di BG tadi, hati tiba2 sgt rindu, recall balik semua
kenangan dengan sahabat se-bulatan gembira yg sama
yg mana satu persatu sudahpun bertebaran di muka bumi Allah
ada yang sudahpun melangkah ke marhalah seterusnya

Kata murobbi kami
kemungkinan selepas ini BG ini akan berpisah
ya aku sedar tidak selamnya dalam zon selesa
ini salah satu hakikat dalam kehidupan
ada perpisahan, ada pertemuan
kan Allah aturkan yang terbaik untuk hambanya..
sebahgaian dari tarbiyah
belum lagi berpisah untuk ke medan jihad...!

Tadi, air mata yang kononnya nak ditahan
tapi tumpah juga..

Kerana mereka ini semuanya sahabat fillah,
bersama-sama dlm perjuangan
di mana kita adalah ghuraba' di muka bumi
tempat mereka di hati
wajah mereka sentiasa kubayangkan dlm rabitahku
dalam doaku
dalam ingatanku

Semoga perpisahan dengan sahabat juang
akan menguatkan lagi iman kita
ukhuwwah kita, keterikatan hati kita

entry ini untuk semua sekali :)
Makcik Ton the great, Maya, Nela, Syakirah, Syema, Amat, Nadi, 
Yusra, Tim, Dayah, K Farhah, Awathif, Nabila, Yun, Kinah


semoga Allah sentiasa lindungi insan-insan ini
mereka adalah antara hamba Allah
yg Allah hantarkan yg telah byk
 membentuk diri yg sgt2 dhaif ini
menjadi lebih baik dari dahulu, dgn izinNya..

siiru 'ala barokatillah ukhti fillah
bumi ini terlalu luas, terlalu byk pengalaman baru, 
ilmu baru etc yg dapat dikutip
selamat membentuk pulau di medan baru
jatuh tersadung itu pasti ada
tapi pastikan bangun semula
kerana Allah itu sentiasa hidup, ada untuk hambanya
dan kerana kami sahabat kamu fillah!
we are there to support you
semoga terus tsabat, persiap iman, akhlaq, amal
kita dah janji nak gathering lagi di syurga kan?? 
:-)

  alhamdulillah yusra ada ruang utk join usrah last be4 ke kelantan ahad ini

 mata merah belaka

 tiada dlm gambar: Nadiah Mokri

 bersama murobbi

 ^__^

Raihan (Firdaus / 'Ain)

Kasih Sayang

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

( korus )
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana

Comments

cikEff said…
T.T
tak perasan pernah ke tak amik gambar dgn macik ke tak.
all, live on pls :)
sofiyyah said…
just tht ..korg byk beri kesan dr byk aspek pd siapa sofi sekarang.alhamdulillah syukur Allah pertemukan kita semua :-*

life must go on..so much to discover & treasure:)
wan yusra said…
nrattadonemg kasih syg kalian dan doa kalian menguatkan kt d medan br ini.. love u sopi..

Popular posts from this blog

apabila hidayah menyapa

terlalu besar pengorbanannya..

thank you Allah