life is about moving forward


 masih segar di ingatan
satu masa dulu bila ujian itu datang
kami tak lari dari soalan2 seperti
"kenapa aku,kenapa kami,kenapa ya Allah"
"kenapa dtgkan ujian sebegeni di saat semuanya bahagia"
semua bagai kena carik2
air mata bukan lagi mahal
bila kepercayaan dipermainkan
pahit dan terus pahit

tapi kerana kami memilih utk bersatu
dan menyerahkan segala urusan kpdNya
sedikit demi sedikit
hikmahnya mula ketara

mula sedar bhw ujian itu dtg tidak kira di saat kita sdg bahagia
atau mmg sedang dlanda masalah
Allah memilih kita untuk ujian itu 
kerana tahu kita mampu
dan mahu kita belajar
bahawa Allah itu sentiasa ada di kala kita susah mahupun senang
dan mahu kita belajar
another side of life 
mahu kita belajar utk sentiasa baiki diri

ujian itu jika kita memilih utk total sabar & tawakal
dan berusaha utk yakin bhw ujian itu bersebab & berhikmah
syukur akan datang
Allah akan bantu buka hati menjadi besar & matang
tidak kiralah betapa berat sekalipun
betapa banyak sekalipun air mata yg tumpah
betapa byk pun tidur mlm yg tak nyenyak seperti orang lain

walaupun perit utk terus sabar
tapi someone said sabar itu bukan bererti kalah
Allah pesan supaya bersabar & kuatkan kesabaran
jaga diri kita dari melakukan sesutau di luar duga
jaga lidah,jaga aib,jgn menyebar cerita2 yg palsu
kerana akhirnya siapa yg lakukan itu
Allah sendiri akan buka aibnya


natijahnya,
hubungan dengan Allah semakin dekat
hubungan dengan org2 yang kami sayang semakin kuat
kini soalan2 di atas sudah hilang ditiup angin
tiada apa yg berlaku melainkan dgn izinNya
alhamdulillah..






tak dinafikan perjalanan itu sgt panjang
beberapa kali terjatuh & tersadung
hatta ujian itu masih lagi ada hingga sekarang
tetapi seolahnya ada bisikan pujukan dari Allah
"Aku pernah berikan ujian ini pada kamu, sekarang kamu akan tahu bagaimana untuk hadapi apa jua ujian di masa hadapan"

ujian itu selalu org lihat sebagai negatif
tapi kita patut pandang dari sudut positif
walaupun sakit itu masih ada
tapi jiwa kita rasa besar, luas, lapang

kerana bahagia itu bukan sekadar bahagia yg kita dpt lihat fisikalnya
bahagia itu sgt subjektif
dpt tersenyum di kala ujian menimpa itu sgt besar
sukar tapi itulah tarbiyah jiwa yg Allah anugerahkan
kerana tanggungjawab di bumi ini masih banyak
kerana hidup ini masih penuh dgn warna warni


happy ending/sad ending pada cerita ini?
sejujurnya, aku tak kisah & rasa tak layak untuk fikirkan
yg penting bagaimana kami berdepan dengannya
di bawah lindungan & rahmat Allah
kuncinya?
Redha...





Comments

Hanun said…
Strongly agreed with the last part of the entry...

"It is good to have an end to journey toward; but it is the journey that matters, in the end..."--Quoted.

Kita selaku hambaNya hanya berusaha memilih jln yg terbaik dan diredhaiNya...selebihnya hanya berdoa dan bersangka baik dgn Allah...

May Allah bless u n people u love ;)
sofiyyah said…
yep bersangka baik dgn Allah...


tq anun! may allah bless u too :)

Popular posts from this blog

apabila hidayah menyapa

terlalu besar pengorbanannya..

thank you Allah