betul ke hidup ni bosan??


Bosan dgn hidup? xde benda boleh buat? masa rasa mcm lambat sgt bergerak. bangun tido, melilau-lilau mata mencari2 ape bende nk buat. saraf2 otak pn stres sbb xdpt memproses maklumat dgn aktif. sbb tuan punya badan statik tak tau nk mulakan harinya dgn aktiviti apa. lagi2 bila dh mula cuti panjang 3-4 bulan. makin berkarat potensi urat saraf tuan punya badan.

Pernah rasa macam ni? rasa hidup ni dh xde benda nk buat. best ke bila xde langsung benda nk buat. bangun pagi, cuma buat benda2 yg rutin. apa ye benda2 rutin? makan, minum, tido, tgk tv, tgk movie etc. benda2 wajib pun belum tentu buat.

Sebenarnya bila hidup kita rasa kosong, bosan dan statik, maksudnya something wrong. bayangkan, jam kat dinding tu berjalan tak henti2(melainkan bateri nya low la) , siang dan malam pun berganti, sedar2 dh nk pertengahan tahun dah. tapi kita masaih duduk dekat titik yg sama. mcm berhibernasi. klu ikutkan haiwan je yg berhibernasi ni, mmg utk kebaikan dia. tp klu 2/3 manusia lebih memilih utk berhibernasi@ benda2 yg seangkatan dgnnya, apa nk jadi dgn dunia.

Ramai juga yg kata bestnye dpt tido. ya mmg best sbb tido itu nikmat. tapi klu smpi tido jadik hobi? tido yg dituntut dlm 6 jam mcm tu.

Bila dah set mind yg hidup ni bosan dan xde bende bole dibuat, anggota badan pn akan kata bosannya. malas nk buat apa2.

Tahukan bila kita x buat apa2, banyak peluang yg dh kita lepaskan. org lain terus maju ke depan, kita masih bbrp langkah tertinggal, dek sikap sendiri. sbb hidup jd statik dan satu nada je. xde turun naik, xde bende baru yg dipelajari dan sebagainya.

Apa kata keluar, dan buat sesuatu yg berguna. utk para da'ie, keluar cari mad'u (susah tp possible kan :p , keluar pg tangkap gmba utk rakamkan ciptaan allah yg sgt hebat, menulis artikel hnta kat paper, dkt blog etc, yg melukis, byk benda anda bole buat. komik islam etc. manfaatkn kemahiran anda pd perkara2 yg baik, buat bisnes, berinfaq, date dgn anak usrah, aturkn perjumpaan dgn sahabt2 lama kat sekolah, karang cerpen, karang sajak puisi, jahit baju2 yg dh terkoyak2, bljr masak, ajar adik dlm subjeknya & benda2 lain, berkebun, petang2 bersukan & bergaul dgn jiran2 dan mcm2 lg.

Fikirkan mcm mana para alim ulamak dahulu dpt hasilkan sesuatu yg baru dlm bidang masing2. dlm bab2 hukum hinggalah sains. mcm mana dr paleolitik, beralih pd zmn mesolitik, seterusnya kita sekarang. sejarah itu berubah apabila wujudnya manusia yg sentiasa berusaha membuat sesuatu yg baru. provided yg elok2la.

Perlu jugak ingat, yg bosan ni bukan satu alasan utk hisap dadah, melepak dkt shoppin complex dan usik2 perempuan, marathon cite korea dlm sehari, bergayut dkt telefon berjam2 etc. ganti rasa bosan tu dgn seribu satu aktiviti yg bermunafaat. bosan & xde benda nk buat tu dh mmg negatif, x kanla nk ganti dgn benda2 yg jelas merugikan.

Ada sebab lg kah utk kata aku bosan, hidup ni bosan, semua bosan?? Org yg selalu kata hidupnya bosan, sebenarnya dia telah membosankan dirinya sendiri. mgkin jgk menzalimi org2 lain yg sgt memerlukan kemahiran dan tenaga kita. Maka, Sama2 kita semua renungkan..jom jadi muslim yg cemerlang, memberi & membantu masyarakat sekeliling.

wallahu'allam..

Comments

Anonymous said…
marathon cite korea dlm sehari...
wakakakkaa
ni dulu...
skang main WoW..hahhaa
x saba nk cuti^^
cikEff said…
urm.
bosan tu sebab duk fikir diri sendiri je -"

Popular posts from this blog

of exercise..

of exercise..

rehlah kami..