kena kejar


peluang amal seakan mengejar kita utk memilih utk lakukan.

kelmarin, semasa sibuk membeli makanan di tempat biasa, di boot van yg menjual mknn selera ala kampung, dtg seorang wanita pertengahan umur yg pernah ku jumpa sebelum ini.

di tangannya ada barang2 utk dijual. mkck tu tegur sy seorang utk promote barang dia. dan semua mata memandang.

dlm hati 1: nk beli kesian tgk. tapi duit takcukup dan saya fikirkan, dulu dh beli sekali dgn dia.

dlm hati 2: klu beli, segan dgn org lain kata apa menunjuk-nunjuk bagai

dlm hati 3: klu tak beli, ape pula org kata mcm .

serius semua mata tengok2 & pandang2 hu. seakan org menanti apa saya akan buat.

at the end, sy kata pd mkck tersebut, minta maaf sgt hari tu sy dh beli dgn mck, skrg duit st tak cukup. sy ucapkan kata2 ini dgn senyuman (taktahu nk react mcm mana)

kemudian selesai beli makanan, dengan tak sedap hatinya berlalu dari situ. seribu satu rasa tak sedap hati.

kemudian sy singgah di stall air soya yg jauh dari tempat tadi.tiba-tiba,

sy dengar seseorang beri salam dan saya toleh. subhanallah masa ini tergamam sekejap.

serius tergamam. mkck tadi dtg lg.

masa ni benar2 rasa seolah Allah nak suruh juga buat satu amal hari ini.

buat juga walaupun kau tengah takde duit, walaupun dulu dh pernah beli dengan dia....ape jualah alasan diri ini.

alhamdulillah terasa sgt di tengahari yg terik tu. terasa sgt allah nk suruh aku belajar something.

ada ketika dan keadaan yg memerlukan kita utk memaksa diri melakuakn sesuatu yg kt sangka kita tak boleh buat. teringat masa rasululullah dulu, ada tinggal kurma sebiji dua shja pun, masih diberinya kpd yg memerlukan. dan bnyk lg kisah2 lain.

selagi tidak memudaratkan diri, ringankanlah diri utk bersedkah, beramal wpun hnya sedikit yg dpt kita beri.

tarbiyah2 kecil utk mereadykan hati utk berkorban harta..
wallahu'allam



Comments

Popular posts from this blog

of exercise..

of exercise..

rehlah kami..