Believe in Allah & His plannings,,



Air mata tak henti mengalir melihat video ini & post2 beliau di blognya..sebelum pulang ke rahmatullah pada 17 Disember 2010. Inilah semangat kental seorang pesakit kanser..menghadapi kenyataan yg perit dgn semangat juang yg cukup tinggi.seorang anak yg mencintai ibunya..moga Allah ampuni segala dosanya & mengkabulkan doanya utk bertemu sahabat & keluarganya di syurga.

http://masafzal.blogspot.com/

Sekadar memetik luahan hati seorang ikhwah..

Assalamualaikum sahabat,
Kekadang hati ini terlalu keras untuk kita pecahkan dan terlalu beku untuk megingat akan tanggungjawab , amanah dan dosa serta kematian yang akan datang secara tiba-tiba. Kita melihat sahabat dan saudara mara kita seorang demi seorang di panggil Allah kembali and yet ..Oh rasanya macam kita ni lambat lagi..

Itulah bisikan Nafsu dan Itulah Tablisul Iblis yang sentiasa memperdaya kita agar "bertangguh" untuk beramal soleh..

Kisah ini kita ambil buat iktibar. Seorang anak yang soleh namanya Mas Afzal yang telah pergi buat selama-lamanya pada 17 Disember 2010 kerana mengidap penyakit "blood cancer" . Kata rakan saya Dr Otheh Maskon..

" I could not say more, this is the ultimate example of courage and positive thinking, our tribute to this good friend of ours, who passed away recently from advanced lymphoma. Not a moment spared in despair, he battled his illness with the highest level of resilience and... patience. His blog is a source of inspiration for many.."

Betapa cintanya beliau pada ibunya - betapa sabarnya beliau dalam Qada dan Qadar Allah itu-betapa bershukur dan redhanya beliau dalam menghadapi ketentuan Allah itu..betapa Allah paparkan kepada kita kembalinya seorang hamba yang soleh ..buat tatapan kita yang berjuang ini yang banyaaak kesilapan dan dosa ini.

Paparan ini dibuat untuk mencetus sedikit perubahan pada sesiapa yang membaca dan melihat Mas Afzal ini. Jika kita terasa jauhhhh dari Allah, kembalilah SEGERA. Jika kita rasa kerasnya hati kita..perbanyakan SUJUD dan Ibadah soleh...mana tahu besuk hari kita pula dan hari ini hari terakhir buat kita..BERSEDIA?..

Bacalah blog Mas Afzal yang telah pergi itu dan menangislah..dan lihatlah ucapannya dalam youtube itu..betapa kita perlu ambil iktibar dari kesucian kata-katanya yang tidak ada lagi option dalam hidupnya kecuali ALLAH..ambillah iktibar saudara/i..

Marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Mas Afzal atas kepergiannya dan TAHNIAH atas ibundanya kerana dapat melahirkan anak sebijak ini dan sesoleh ini...anak-anak kita bagaimana?..

Salam ukhuwah dari Pak Syed yang bercucuran airmata membaca dan melihat video ini..


*********
(antara apa yg disampaikan oleh arwah)

"..whenever we face hardship, always believes in Allah swt.."

"..accept hardships as to clean our sin.."

"..I'm crying not because of what is happening to me, but i know it's not easy to appreciate or to experience this love shown from my brothers.."

"..I hope to see you again, if not in Malaysia, or in this world..hope to see you in Jannah.."
*********

Comments

salam kak..
syukran atas perkongsian..
sangat terkesan bila mengenang kembali apa yang telah kita lakukan denagn masa yang Allah anugerahkan..
dan semoga Allah menempatkan arwah bersama dengan orang2 yang soleh..ameen..
sofiyyah said…
afwan..
yg lebih menakutkan,adkh semua amalan yg kt lakukan itu diterima sbgi amal ibdah n bekalan utk dibawa nnt..astaghfirullah.rasa sgt kerdil kan..

Popular posts from this blog

apabila hidayah menyapa

terlalu besar pengorbanannya..

thank you Allah