Kenyataannya..
Kenyataan atau hakikat, mmg payah nak telan. lagi2 kalau kenyataan tu x manis mcm gula. walaupun dh tahu kenyataan ttg sesuatu, still lg best klu x tahu pun. kenyataan atau ade jgk org panggil kebenaran, selalunya tu lah yg paling payah kt nak telan n terima. kenyataan bhw kt ada certain kelemahan dlm diri & perlu dibaiki. klu x makan diri. ni lah yg plg pahit bukan? bila org menegur, kt masih melakukan kesilapan yg sama. masih mahu tarik muka n salahkan org lain.
Mmg kenyataannya kt mmg bukan hamba Allah yg perfect. tapi dlm masa yg sama kt perlu sentiasa cuba utk jadi n buat yg terbaik. tak kiralah dari sudut apa sekalipun. sudut akhlak, hubungan dgn mak ayah, dgn org sekeliling, dgn kawan, cikgu, jiran, mkck jual kuih dan lain2. tak lupa jugak pada iman n amal kt. kenyataannya takde siapa yg sempurna, tapi kenyataannya Allah itu sempurna. kalau orang lain tak tahu, Allah konfem tahu apa yg kt buat. bukankah Allah pemilik alam ini. ingat..bukan kt yg perfect. tapi Allah swt. maka tidak salah, dan sgt digalakkan spy kt mudah terima teguran org. pahit kenyataannya, tp mgkin itulah kunci utk kt berubah.
Dari satu sudut lain, bila kt tahu@tertahu satu kenyataan atau rahsia org, yg tak sepatutnya kt tahu. sgt rasa tak sedap hati. kdg2 sampai boleh ubah persepsi kt pada org yg berkenaan. allah..betullah gosip atau mengumpat dan sewaktu dgnnya sgt bahaya. wpun selalu org kate org lelaki suka borak2 lepak2 kat warung, perempuan mgkin lg hebat. duduk kat mana2 pun boleh borak2 kosong. ya borak kosong selalu slh satu punca mengumpat n gosip terlampau. astaghfirullah..berdoalah setiap hari spy mulut kt tidak menyebar fitnah yg bukan2. skrg mula nmpk dari gosip2 la byk rahsia terbongkar tanpa sengaja@sengaja. dan selalunya kenyataan dr rahsia2 tu lgsung tak menyedapkan hati..
Org mudah menolak kebenaran di depan mata, mgkin sbb sombong, atau nak cover silap sendiri, sbb malu, sbb tak mahu dipandang serong dsbginya. ya sgt sukar.tapi..
terimalah kenyataan bhw hidup ini bukan semudah yg disangka..
bukan semudah abcd..
setiap alam yg bakal ditempuhi ada duri yg berbeza..
yg bujang lain, yg sudah berkahwin lain, yg sudah ada anak lain dn mcm2 lagi
kt tidak boleh predict future sbb segalanya milik Allah
tp tak salah utk kt cuba utk jd muslim yg lebih baik
spy kt tak mudah tersungkur bila berdepan dgn ujian
bila susah terima kenyataan,
di situ akan mulalah satu kegelisahan dlm diri.
belajarlah utk terima kenyataan..
redha .
Comments
maaf salah silap hak yang tak tertunai selama bersama :)
maaf juga di pihak kt
uhibbukifillah!