refleksi diri

Kata orang ape yg berlaku pada hari ini belum tentu menentukan siapa seseorang individu itu pd keesokan harinya. ade byk pepatah melayu yg kate pastikan hari esok lebih baik dari hari ini. ye mmg betul. hari seterusnye seharusnya lebih excellent dari semalam, kelmarin dan minggu2 & tahun2 lepas. Ajaran Islam sendiri selalu menggalakkan individu utk terus mjadi lebih baik, maju & berjaya.

Realitinya, kt takkan tahu ape yg akan berlaku pada kt pada minit2 seterusnya dari sekarang. klu kt cube fikir balik ttg ni, ngeri pulak rase. pagi2 kt bangun.. kt tak tahu pn ape yg akn berlaku masa kt di dlm tandas. ttb tergelincir ke..atau tgh masak air utk buat kopi & air panas tersimbah dan macm2 lagi. semasa perjalanan ke tmpt blajar/kerja..selamatkah kt sampai dsbginya. bende2 mcm ni klu kt betul2 lihat dan fikir, tiada sebab utk kt sia2 kan diri kite sendiri. lewat2 kan solat mase kt xde kekangan..tgk tv tak ingat urusan2 lain..bace, tengok & dengar bende2 x elok/ kurang elok, mengumpat & bergosip selalu dan lain2.

Fikir2kan ape penghujung hidup kt nnt yg ntah bile saatnya..cume lihat saje sekeliling kt. ape yg berlaku pd org lain utk dijadikan tauladan & sempadan. ade yg satu masa dulu elok peribadinya, amal ibadatnye, selalu hadir ke prog2 ilmu, prog2 yg mengukuhkan jiwa utk islam dan sebgainya..ttp sekarang tersungkur apabila diuji dgn perempuan, dgn pangkat dan duit. sgt sedih melihat situasi2 sebegini. tetapi... bukanlah kerja kt utk memandang sinis & menggelakkan org2 ini hnya kerana mereka tersungkur & gagal melepasi ujian2 tersebut. sbb kt juga mungkin tersungkur sama klu kt diuji sedemikian rupa.

Sama2lah kt Istiqamah dlm menjaga iman dan amal kt. klu rase susah, fokus utk buat sikit2 dahulu..mane tahu..yg sikit tetapi sentiasa buat ni lah yg mbuatkan kt semakin dekat dgn Allah. manfaatkanlah hari esok yg masih ade tu supaya kt bukan lg individu yg hny duduk di takuk lama. bukan saje soal iman dan amal, ttp jugak di dalam pelajaran, pekerjaan, percakapan, adab dan sebagainya. bukan kesempurnaan yg dikejar..tetapi usaha yg berterusan itu lebih bernilai di sisi Allah. dan tentu saje berharga utk kt.

Adakah kt benar2 pasti siapa kita pd esok hari? adakah esok kt masih berpijak di atas jalan yg benar2 Allah redhai? Dan yg paling penting ialah ape nasib kt semasa dijemput oleh Allah. Khusnul khatimah/ bagaimana..sentiasalah berdoa dan memohon ampun. peringatan utk kt bersama...


"Perkara yg paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurangan, akan tetapi amalanku tidak bertambah"
Ibn Mas'ud


Comments

aishah aznan said…
TQ sopi for a good reminder...

Popular posts from this blog

apabila hidayah menyapa

terlalu besar pengorbanannya..

thank you Allah