sebelum semasa & selepas

Sebelum gaza diserang Israel baru2 ni..ramai yg 'tidur' dan tidak ambil kisah ttg isu Palestin. ada juga yang tahu, tp kurang alert & sbgainya. wpun sebenarnya bumi Palestin diceroboh tiap saat & waktu. ruangan berita dunia di televisyen & surat khabar x henti2 paparkan keadaaan yg terjadi kat Palestin. tp masih..mc donald masih dikunjungi. tesco masih mjadi pilihan tmpt utk membeli belah. masa ni, mungkin masih ramai yg x sedar atau mmg x tahu.

Semasa peristiwa Gaza diserang Israel..alhamdulillah ramai yang bersemangat & berkobar2 utk menunjukkan rasa marah & tidak setuju terhadap tindakan Israel. Rakyat Malaysia rata-ratanya bangkit dgn berdemonstrasi, menyumbang wang masing2 utk membantu saudara kt di Palestin. tak ketinggalan operasi memboikot apa saja barang yg ade kaitan dgn Israel & sekutunya. Di UIA.. masih ada segelintir penuntut yg tertanya2. Gaza tu negara ape?? sedih kan..mmg betul ini yg terjadi.

benarlah apa yg baru berlaku di Gaza menjadi titik tolak ramai org utk lebih ambil tahu ttg isu Palestin. wpun ini sebenarnya sudah lama berlaku. ramai yg lebih sedar ttg kepentingan bersatu, bersaudara & lebih menghayati kesyumulan & keindahan Islam. juga lebih jelas ttg siapa yg menjadi dalang ..siapa pula yg menjadi mangsa. benarlah peringatan drpd Allah swt boleh dtg dlm apa jua cara. tiap ape yg berlaku mmg ade hikmah di sebalik.

Selepas gencatan senjata di Gaza...sy tertanya2. apakah kt masih dlm hamas/semangat yg sama dgn keadaan semasa Gaza diserang?? adakah kt akan 'tidur' semula & buat x kisah semula?? adakah kedai Mc donald & sebagainya(barang yg ade kaitan dgn Israel & sekutunya) akan dikunjung semula?? adakah kt benar2 faham apa sebenarnya yg terjadi di Palestin?? adkh ia cuma konflik peperangan yg biasa?? ini adlh atra persoalan2 yg perlu kt tanya pd diri sendiri.

teringat sblm ni dengar radio ikim..bkenaan isu boikot nih. ada seorang peniaga pasaraya ni, dh pun mjalankan kempen boikot barangan Israel & sekutunya selama 7 tahun. wpun mengakui pd mulanya ia adlh satu benda yg susah & mencabar, tp dia ttp teruskn jugak..sbb ape? sbb kesedaran yg dia ada & kefahaman yg dia peroleh ttg isu Palestin. tp bisnes dia still on & alhamdulillah berjalan lancar mcm kedai lain.

mahu/ tidak..

sedar/ tidak..

dunia ni sekejap je..
bila2 masa, klu Allah nk tarik nikmat kt..sekelip mata je boleh hilang.
na'uzubillah klu dh ditentukan malaysia alami perkara yg sama, sudhkah kt bersedia??
ayuh back to root..kt kembali pd asas, pd asal usul kt.
basahkn hati dgn ayat2 Quran & mula menghayati Islam..

..jgn takut utk 'bermula'. tp takutlah klu hidup kt berakhir tanpa langsung pernah kt 'bermula'..


ni cuma sebahagian..


Comments

Popular posts from this blog

of exercise..

of exercise..

rehlah kami..