10 wasiat Hassan Al-Banna
WASIAT PERTAMA
Segerakan solat apabila tiba waktunya, sepanjang tidak ada keuzuran.
WASIAT KEDUA
Bacalah Al-Quran, buatlah kajian dan dengarlah perbahasan ilmiah. Berzikirlah kepada Allah. Jangan habiskan masa untuk sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat.
WASIAT KETIGA
Rajinlah berusaha bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih, kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.
WASIAT KEEMPAT
Janganlah banyak berdebat dalam segala urusan kerana ia akan membawa kepada pertengkaran yang tidak akan mendatangkan kebaikan.
WASIAT KELIMA
Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang dengan Allah bersifat tenang dan tegas.
WASIAT KEENAM
Janganlah banyak bergurau, kerana umat yang berjuang(jihad) hanya mengenai ketegasan.
WASIAT KETUJUH
Janganlah meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar, kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan menyakitkan hati.
WASIAT KELAPAN
Janganlah mengumpat atau memanggil dengan gelaran yang buruk dan janganlah berkata kecuali perkara-perkara baik.
WASIAT KESEMBILAN
Berkenalanlah dengan saudara seIslam di mana-mana sahaja, sekalipun dalam keadaan mereka tidak meminta berbuat demikian, kerana dasar seruan ialah kasih sayang dan berkenalan.
WASIAT KESEPULUH
Kewajipan hidup lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Jika anda mempunyai urusan yang lebih penting maka segerakanlah ia.
Comments