10 wasiat Hassan Al-Banna
WASIAT PERTAMA Segerakan solat apabila tiba waktunya, sepanjang tidak ada keuzuran. WASIAT KEDUA Bacalah Al-Quran, buatlah kajian dan dengarlah perbahasan ilmiah. Berzikirlah kepada Allah. Jangan habiskan masa untuk sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat. WASIAT KETIGA Rajinlah berusaha bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih, kerana ia merupakan salah satu syiar Islam. WASIAT KEEMPAT Janganlah banyak berdebat dalam segala urusan kerana ia akan membawa kepada pertengkaran yang tidak akan mendatangkan kebaikan. WASIAT KELIMA Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang dengan Allah bersifat tenang dan tegas. WASIAT KEENAM Janganlah banyak bergurau, kerana umat yang berjuang(jihad) hanya mengenai ketegasan. WASIAT KETUJUH Janganlah meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar, kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan menyakitkan hati. WASIAT KELAPAN Janganlah mengumpat atau memanggil dengan gelaran yang buruk dan janganlah berkata kecuali perkara-perkara baik. WASIAT KESE...