copy paste dr blog Ust Pahrol ‘Toxic People’ vs ‘Unsung Hero’ “Belajarla merasa bahagia dengan membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain,“ pujuk saya. “Senanglah saudara cakap begitu kerana saudara tidak mengalaminya. Jiwa saya tersiksa sungguh. Dulu projek tu sayalah yang memberi idea. Saya juga yang memulakannya. Pada waktu itu mereka melihat sahaja dengan penuh sinis. Tapi saya sejak dulu lagi sudah optimis, projek yang saya ilhamkan itu akan berjaya.” “Masalahnya?” “Setelah berjaya saya diketepikan. Mereka yang sinis dahulu beria-ria pula mendabik dada, konon kejayaan projek itu hasil usaha mereka,” ujarnya sedih. “Allah Maha Mengetahui. Insya-Allah, Allah akan memberi ganjaran atas kebaikan saudara walaupun manusia lain mkelupakannya.” “Betul macam yang diungkapkan oleh peribahasa lama, lembu punya susu, sapi dapat nama.” “Biarlah sapi dapat nama, insya-Allah jika ikhlas kita dapat pahala dan keredaan Allah,” pujuk saya terus menerus. “Saya sakit hati…” “Saudara, b...