Posts

Showing posts from August, 2011

ramadhan 1432

Ramadhan is about to end, but let the spirit continues until the next ramadhan..insyaAllah. felt a very strange feeling after tarawih tonight. do i have the chance to meet u again ya Ramadhan? moga Ramadhan dan kita berjodoh lagi ..... dan moga Takbir yg kita laungkan di eid fitri nanti adalah takbir KEMENANGAN sebagai hadiah mujahadah di bulan Ramadhan dan kita keluar dari ramadhan dgn hati yg lebih sihat ameen ya Rabb 28 Ogos 2011 - 28 Ramadhan 1432

Holding on you..

Image
KAU dah janjikan bermacam-macam nikmat kekal di syurga. mengapa kekadang aku masih alpa. i Mustahilkah ya Allah utk aku miliki hati yg bersih dr titik2 hitam itu.. Satu daging jika rosak, maka rosaklah seluruh daging yg lain. daging itu ialah hati.. Takut2 amalku tidak KAU terima. Istiqamahlah dlm bermujahadah wahai diri.. Adakah aku layak menghuni syurgaMu ya Allah.. Melihat wajahMu, berjumpa dgn kekasihMu Rasulullah.. Ya rahman ya rahim..aku malu dgnMu.. 22 Ogos 2011 - 22 Ramadhan 1432

soon?

Sudah pun masuk hari ke-17 ramadhan lepas maghrib tadi. Apa perkembangan kt spnjng madrasah ramadhan kali ni? semoga semakin bersemangat!! Saya merancang utk menulis sedikit pandangan ttg isu JAIS dan gereja methodist yg tgh hangat skrg... Ada baca news ttg isu ni? mungkin boleh kongsi2kan di sini? wallahu'allam 16 Ogos 2011 - 16 Ramadhan 1432

Tunjang vs Serabut

Image
Salam ramadhan fasa ke-2, fasa keampunan ..ya rahmann ya rahiim~ Kenal pokok ini? apa sifat2 yg biasa dikaitkan dgn encik pokok yg tinggi, gagah ini? Mari taaruf dgn dua pokok di bawah ni plk. soalan yg sama, apa sifat pokok2 ni? Akar tunjang vs Akar serabut. masih ingat dua jenis akar yg kt belajar di zaman sekolah dulu?sifat2 pokok yg akarnya tunjang & akar serabut. (byk lagi jenis akar lain selain yg dua ini) mari lihat apa Allah kata: * Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. ( Ibrahim 14:24 ) * Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). ( Ibrahim 14:25 ) * Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti seb

nota cinta dari sang Pencipta

Image
(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf. ( Ibrahim 14:52 ) Al-quran itu terlalu byk rahsianya yg kt tak tahu. Belek & belek, mesti Allah hidangkan ayat2 yg sgt kena dgn keadaan kt masa itu. kalau kt tadabbur ayat2 al-quran sekalipun, kt akan lalui satu proses pemujukan drpd Allah, proses peneguran dr Allah, proses ma'rifatullah, proses mengenal diri sendiri dan mcm2 lagi. dgn melihat kpd kalimah2 agung ini, ternyata Allah itu Ar-Rahim & Ar-Rahman.. Sebenarnya hati yg galau jwpnnya ada pd Allah. melalui solat2, doa2 & juga al-quran. Di bawah adalah bbrp ayat yg nak dikongsikan.. semoga Allah sentiasa pimpin hati2 kita.. ************ Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi

Apabila al-quran jadi hiasan

Image
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (59:21) A lhamdulillah ramadhan dh pun menginjak ke hari ke-11. byk peristiwa penting yg berlaku semasa bulan mulia ini, atranya perang badr & yg paling penting sekali adalah penurunan al-quran. byk kelebihan yg allah berikan kpd para pemburu syurga sepanjnag bulan rmdhn kareem ini. saya sgt terkesan dgn ayat al-quran di atas, di mana allah berikan perumpamaan jikalau al-quran diturunkan kpd makhluk Allah yg lain bernama gunung. bayangkan pula kalau ianya diturunkan ke atas burung dan lain2. subhanallah, fikirkan mengapa Allah turunkan al-quran kpd manusia? Kalau dilihat skrg, rata-rata tidak berasa izzah dgn al-quran itu sdri..tak rasa penting, baca bila rasa nak baca, tak jadikan sbgi sumber dan mcm2 lagi. lihat

Sakit itu juga nikmat

Apabila tubuh terasa lemah dan mahu menyerah Kuatkanlah hati & kembalilah kpd niatmu Niat asal kau berpuasa Kau selalu mengenali sakit dgn azab Benar.. Tapi adakah kau lupa sakit juga suatu nikmat Ingatkah kau dengan kata-kata Rasulullah Bahawa sakit itu jika kau redha Dosa-dosamu gugur bagai daun kering di jalanan Apatah lagi jika kau bersabar dlm keadaan kau sedang menahan diri Dari lapar dan dahaga, dosa & lara.. Di bulan Allah & RasulNya sangat cintai Bulan Ramadhan Kareem... Allah..ampunkan dosaku Moga sakit sementara ini sebagai tanda cintaMu Moga dosa2ku gugur.. 5 Ogos 2011 - 5 Ramadhan 1432